Thursday, June 10, 2021

MB Kedah dengan sikap “Pak Pandir” peningkan rakyat

Utara Daily:

MB Kedah dengan sikap “Pak Pandir” peningkan rakyat




Dua menteri besar parti agama, Sanusi Muhammad Noor MB Kedah dan Samsuri Mokhtar MB Terengganu kini dikatakan sedang berhadapan dengan masalah, keyakinan rakyat kepadanya. Semua kerana aksi dan kerenah politik mereka yang tidak menyenangkan dan bertentangan dengan nilai-nilai yang seharus dibawanya sebagai parti agama.

Sanusi sejak memegang jawatan MB Kedah seperti hilang kawalan diri lantaran begitu ghairah dengan jawatan itu dengan melakukan aksi-aksi yang kononya untuk mempopularkan dirinya tetapi sesetengahnya nampak pandir dan melucukan.

Sifat lazim orang Utara suka melawak tidak dibendung dan terbawa-bawa walaupun dia sudah menjabat jawatan eksekutif kerajaan. Sanusi seperti tidak sedar bahawa dia MB. Pendekatan diambil Sanusi bukan mengharmonikan keadaan tetapi butir “cari balah.”

Sanusi juga tidak bersifat apologetik atas kekhilafan dilakukannya. Walhasil rakyat Kedah bukan sangat terhibur dengan jokernya tetapi turut memarahinya kerana tumpang malu dengan apa yang berlaku.

Sementara Samsuri pula begitu professional, berani dalam tindakan memperkenalkan kepimpinan dan pentadbiran baru di Terengganu. Kerana terlalu mahu keluar dari kepompongan stail lama, tanpa mementingkan kronis parti, menyebabkan beliau tidak disenangi dari kalangan parti sendiri. Samusi dianggap sebagai pengutip buah jatuh dari pohon yang tidak ditanamnya.

Lebih membahayakan dirinya beliau juga kurang sensitif soal budaya dan tradisi yang dilakukan kerajaan terdahulu (Umno).

Walhasilnya Samsuri kini seperti tersedak daripada kegembiraan jadi MB, memiliki kuasa sehingga berhadapan dengan kesalahan yang boleh menimbulkan dia juga hadapi seperti mana bekas MB Terengganu sebelum ini, Idris Jusoh.

Dua “S” itu perlu lebih berhati-hati dan secara perlahan-lahan membuat ralat atas kekhilafan kalau ingin menjadi MB sekurang-kurang satu penggal. Tunjuklah kebolehan dan pembaharuan progresif dan dinamis anda sebagai MB. Trims.

3 comments:

  1. kedah mb is pragmatic like most chinese, everything can sell of money, water land soul whatever u name it. mb with chinese characteristic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are grossly erroneous to think this asshole has Chinese characteristics, precisely because you yourself are NOT a Chinese....you absolutely know nuts what being Chinese mean or feel.

      Delete
    2. This 犬养mfer has consistently tagging it's nonchinese characteristics of whatsoever fart as Chinese theme!

      It's just jealous for been a yellow skin of the f*cked kind!

      Delete