Monday, August 29, 2022

PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat




PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat


Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mendakwa RU15 akan diadakan sebelum Disember.


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan.

Mohamad berkata, cuma perdana menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya akan diadakan.


“Pilihan raya umum sudah tidak lama, perdana menteri sudah bagi komitmennya, tapi dia tak boleh bagi tarikh…takkan dia hendak bagi tarikh sehingga dia terpaksa kata takkan saya hendak bawa tahun depan.

“Jadi, jelas sangatlah, jelas pilihan raya tahun ini. Kalau pilihan raya umum tahun ini takkan hendak buat bulan 12, nanti orang berenang pula pergi mengundi. Bulan 12 di Pahang bukan calang-calang banjir.


“Jadi, itu jangka masa yang kita perlu perhatikan betul-betul, gerak kerja kita, kita buat sebelum bulan 12,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Barisan Nasional (BN) perlu memastikan parti itu menang PRU15 kerana pilihan raya kali ini akan menentukan soal hidup dan mati parti tersebut.

“Di Pahang, Insya-Allah hidup, tapi kita perlu menang juga di peringkat pusat. Jangan nanti kita perlu lagi menyembah orang, lihat kerajaan pada hari ini yang mana kita terpaksa menyembah orang untuk membentuk kerajaan.

“Untuk membentuk kerajaan yang mantap dan stabil, kita mesti mampu bentuk kerajaan sendiri,” katanya.


Beliau dalam pada itu menegaskan, BN telah pun membuat keputusan parti tersebut akan bersendirian dalam menghadapi PRU15.

Menurutnya, walaupun ada pihak yang masih “bergesel-gesel” untuk bersama BN, namun parti itu diminta jangan tergoda atau termakan pujuk rayu tersebut.

“Takkan selalu kita hendak kena tipu, b
erapa kali kita hendak kena tipu?” soalnya.


No comments:

Post a Comment