Saturday, September 10, 2022

Laporan Kepada SPRM : Hadi Bayar RM1.4 Juta Kepada Wanita Mat Salleh


OutSyed The Box

Saturday, September 10, 2022


Laporan Kepada SPRM : Hadi Bayar RM1.4 Juta Kepada Wanita Mat Salleh





Atas : Surat Mahkamah London membatalkan kes peribadi oleh Hadi saman Claire Rewcastle Brown. Tiada tersebut nama parti PAS. Ini adalah kes peribadi yang dibuat oleh Hadi Awang di Mahkamah London.






SEORANG Adun DAP membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan pembayaran dibuat kepada editor portal berita pada 2019.

Adun Seri Delima Syerleena Abdul Rashid berkata beliau mahu SPRM memulakan siasatan berhubung penyelesaian yang dibuat Hadi di luar mahkamah berjumlah RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.


My Comments:

Kes itu adalah kes saman malu (libel case) yang dimulakan khususnya oleh Hadi Awang di Mahkamah di London terhadap Clare Rewcastle-Brown. Tambah lagi itu adalah kes peribadi Hadi Awang lawan wanita Mat Salleh itu.



"For a little backstory, the Sarawak Report published a story stating that RM90 million was given to top PAS leaders to get their support for BN and UMNO. Hadi Awang, the President of PAS, filed a libel suit (basically claiming that the story written was not true) against the owner of the Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown in a British court."


Hadi telah mulakan kes saman malu di Mahkamah di London atas nama peribadinya. Maksudnya jika Hadi telah menang kes itu dan Mahkamah London putuskan bahawa wanita Mat Salleh itu perlu bayar pampasan / ganti rugi kepada Hadi, maka sebarang duit pampasan itu akan masuk kocek Hadi Awang. Sebab kes itu adalah kes peribadi atas nama Hadi Awang. Parti PAS tidak terlibat.

Tetapi bila Hadi mohon kepada Mahkamah London untuk batalkan kes itu, dia pula terpaksa bayar pampaan / ganti rugi sebanyak RM1.4 Juta kepada wanita Mat Salleh itu.

Akhbar Malay Mail telah melaporkan bahawa :

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/03/07/hadi-claims-told-to-bin-suit-against-sarawak-report-over-rm90m-claim/1730013

Malay Mail obtained a recording of his remarks.

The payment is now believed to have come from the chairman of a government-linked corporation thought to be close to Hadi. The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had called in the person for questioning over the payment.

Jadi siapakah chairman syarikat GLC yang telah membayar RM1.4 Juta itu? Betul ke cerita ini?

Apa sudah jadi dengan siasatan SPRM yang telah memanggil chairman syarikat GLC itu untuk disoal?

Apakah chairman GLC itu bayar duit RM1.4 Juta (ikut cerita Malay Mail di atas) dengan guna duit dia sendiri atau guna duit siapa?

Apakah chairman GLC itu kaya sangat dengan mempunyai spare cash RM1.4 Juta untuk bayar pampasan di Mahkamah London? Apa kena mengena chairman GLC itu dengan Hadi Awang?

Ataupun adakah duit GLC / duit rakyat terlibat?

Kalaulah laporan Malay Mail itu kurang tepat atau tidak betul, habis siapa pula yang telah membayar pampasan RM1.4 Juta kepada Claire Rewcastle Brown?


Apakah Hadi bayar duit dia sendiri RM1.4 Juta?

Semua soalan ini perlu dijawab.


By Syed Akbar Ali at September 10, 2022



1 comment:

  1. Aiiyah..PAS passed (wakakakaka) around the Milo Tin, and collected RM 1.5 Million from its adoring fans...Kautim !!!...

    No need for SPRM to investigate..

    ReplyDelete