Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Ng Suee Lim ketika menerima Pengurniaan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membawa gelaran Datuk. - Gambar Facebook, 11 Disember, 2023
Lagi wakil rakyat DAP terima gelaran ‘Datuk’
Suee Lim dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor
KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Ng Suee Lim dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran ‘Datuk’, hari ini.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor antara 97 penerima dalam senarai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Polisi DAP sebelum ini melarang pemimpinnya menerima sebarang gelaran semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.
Oktober lalu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti mengeluarkan teguran keras kepada dua wakil rakyat DAP Sabah kerana menerima anugerah gelaran Datuk dan memutuskan tindakan mereka melanggar dasar parti.
Scoop cuba mendapatkan ulasan lanjut daripada Anthony Loke dan Suee Lim mengenai pengurniaan darjah kebesaran Selangor itu.
Terdahulu Bernama melaporkan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 97 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor dan dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.).
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Urusan YTL Power International Bhd., Datuk Yeoh Seok Hong pula menerima Darjah Kelas Pertama-Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah turut menerima darjah kebesaran DPMS. – 11 Disember, 2023

Aiya....If Tuanku insists on giving out the award, it is considered highly disrespectful to reject the Royal award.
ReplyDeleteThe more titles received the quieter they become...
ReplyDelete