Wednesday, September 13, 2023
KENYATAAN AKHBAR DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR SELAKU PENGERUSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA
The following is a NINE PAGE Press Statement by HRH The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj that was released yesterday 12th September 2023 that has gone quite viral. I am reproducing the entire nine pages. It is easily understodd and quite illuminating. The DYMM Sultan is being quite frank and speaking straight from the heart over his concerns about how the politicians are messing up the country. (That is how I read it, Ampun Tuanku).
I have my comments at the end of this.
"Di kesempatan ini juga Beta ingin membangkitkan isu berkaitan dengan pengeluaran fatwa secara berleluasa oleh sebahagian pemimpin-pemimpin politik sejak akhir-akhir ini yang merupakan satu trend yang amat membahayakan."
"Beta menyeru agar janganlah agama diperalatkan bagi meraih sokongan kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang-orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri."
"Peliharalah negara kita dengan baik kerana inilah satu-satunya tanah tumpah darah kita yang perlu kita pertahankan kemakmuran dan kedaulatannya."
KENYATAAN AKHBAR DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR SELAKU PENGERUSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA
Baru-baru ini kedengaran segolongan masyarakat di Negara ini telah menyuarakan rungutan dan kebimbangan mereka terhadap perpecahan di dalam perpaduan dan keharmonian kaum yang selama ini dikecapi oleh rakyat di negara ini. Mereka menggesa agar tindakan segera diambil untuk menangani isu yang telah membuahkan bibit-bibit perpecahan yang semakin ketara sejak kebelakangan ini. Malah ada yang berani menyatakan segolongan pemimpin-pemimpin politik adalah menjadi punca kepada perpecahan ini. Berikutan dengan itu terdapat golongan yang telah memohon agar Raja-Raja Melayu bertindak untuk campur tangan menerusi apa jua ruang yang sah di sisi undang-undang untuk memayungi keamanan dan kedamaian demi kesejahteraan hidup rakyat.
Lantaran itu Beta selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam mengambil inisiatif untuk mengeluarkan kenyataan ini bagi menasihati semua pihak terutama orang-orang politik termasuk pemimpin-pemimpin politik untuk sama-sama memikirkan langkah bagi mengharmonikan dan menyatupadukan rakyat kerana mereka mempunyai pengikut yang ramai yang mana jika diberi message yang salah dan tidak tepat akan mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat.
Dalam usaha kita untuk memperolehi kuasa dan kedudukan, kita tidak seharusnya lupa bahawa perpaduan adalah teras kepada kejayaan sesebuah negara. Negara akan mundur dalam segala aspek kehidupan sekiranya pemimpin politik cenderung kepada memupuk polarisasi kaum dan mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama. Rakyat yang terpengaruh dengan hasutan sesetengah pemimpin yang mempromosikan politik perkauman dan keagamaan akan berpotensi mencetuskan perasaan curiga, perbalahan, perselisihan dan perpecahan. Polarisasi yang melampau akan membawa kepada implikasi melahirkan unsur radikalisme dan ekstremisme di dalam masyarakat sehingga boleh mengancam keselamatan negara. Pemimpin dan orang-orang politik seharusnya memupuk semangat perpaduan yang tinggi di dalam kehidupan pelbagai kaum oleh kerana semua kaum di negara ini memainkan peranan penting di dalam pembangunan budaya dan ekonomi negara. Sebarang batas pemisah dan perbezaan antara kaum dan agama seharusnya diatasi dengan usaha-usaha mengadakan pelbagai program bagi merapatkan jurang pemisah demi mengelakkan sebarang parasangka buruk yang telah sedia ada. Generasi muda pewaris bangsa seharusnya ditanam dengan semangat untuk bertolak-ansur dan memahami budaya dan agama pelbagai kaum yang diamalkan di negara kita.
Suka Beta mengingatkan kita semua kepada sejarah, kerana dengan melihat sejarah kita akan sedar bahawa sejarah telah membuktikan seandainya berlaku pertikaian dan perpecahan kaum serta perbalahan agama di dalam sesebuah negara, kesannya akan membuahkan kebencian yang mendalam sehingga mencetuskan perang saudara (civil war) yang berlarutan yang mengakibatkan negara akan lumpuh dan hancur. Adakah ini yang kita mahu lihat setelah negara mencapai kemerdekaan selama tempoh 66 tahun ini. Mahukah kita melihat pembangunan ekonomi yang pesat dan perpaduan yang yang erat di kalangan pelbagai kaum dan agama yang telah kita bina selama ini hancur begitu sahaja oleh kerana sikap sesetengah pemimpin politik yang hanya memikirkan kepentingan diri atau kepentingan sekelompok masyarakat semata-mata.
Jika kita melihat kepada sejarah pembentukan Negara sebelum dan di ambang kemerdekaan dahulu, kerajaan British dan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri pada ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah melakarkan satu sistem pemerintahan yang berpaksikan kepada Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan. Konsep pemerintahan yang dilahirkan ini meletakkan kuasa eksekutif Raja-Raja Melayu diperturunkan kepada Kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri di peringkat Persekutuan dan Menteri Besar di peringkat Negeri.
Lantaran itu Kerajaan dan pemimpin politik seharusnya menyedari bahawa kuasa yang mereka sandang dan perolehi itu asal-usulnya terletak hak kepada Raja-Raja Melayu dan kemudian diamanahkan kepada pihak Kerajaan yang dianggotai oleh Kabinet di peringkat Persekutuan dan Exco di peringkat Negeri untuk memerintah dengan penuh adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia. Semua ini telah sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri-negeri di Malaysia.
Di dalam pada itu satu perjanjian kontrak sosial telah termeteri di antara pemimpin pelbagai kaum di negara ini ketika negara mencapai kemerdekaan. Kontrak sosial ini dilahirkan bagi menjamin kedudukan, hak warganegara dan hak semua kaum di negara ini terpelihara dengan mengambil pelbagai pertimbangan dari pelbagai sudut. Malah bagi memastikan kontrak sosial ini dilaksanakan seperti yang dipersetujui ianya telah diterjemahkan dalam bentuk peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu rakyat tidak perlu lagi dihasut oleh mana-mana pihak untuk melahirkan rasa tidak puas hati dan berprasangka buruk antara satu sama lain kerana undang-undang telah menjamin hak masing-masing.
Namun apa yang berlaku di Negara kita ini amat membimbangkan terutama menjelang sesuatu pilihanraya. Isu-isu yang melibatkan kaum dan agama sentiasa dimainkan sebagai isu untuk meraih sokongan dan undi. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik ini adalah dengan mengusulkan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk manfaat rakyat keseluruhannya. Permasalahan yang dihadapi rakyat sepatutnya diutamakan pada setiap sesi bertemu rakyat demi meyakinkan rakyat bahawa pemimpin politik sentiasa memikirkan cara mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Di kesempatan ini juga Beta ingin membangkitkan isu berkaitan dengan pengeluaran fatwa secara berleluasa oleh sebahagian pemimpin-pemimpin politik sejak akhir-akhir ini yang merupakan satu trend yang amat membahayakan.
Beta ingin menegaskan di sini bahawa di negara ini, Fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri atau Mufti setelah mendapat perkenan dari Raja bagi setiap negeri yang mengeluarkan sesuatu Fatwa itu.
Di samping itu Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) juga bertanggungjawab di dalam mengeluarkan pandangan hukum setelah perbincangan dengan Mufti-mufti dari setiap negeri diadakan dan setelah mendapat perkenaan dari Majlis Raja-raja.
Selanjutnya pandangan hukum tersebut diangkat untuk pertimbangan setiap Jawatankuasa Fatwa Negeri dan mendapat perkenan Raja bagi sesebuah Negeri untuk difatwakan.
Sesuatu Fatwa yang dikeluarkan bukan semata-mata atas dasar pandangan individu seorang Mufti sahaja, bahkan ia dibuat secara kesepakatan majoriti ahli samada di dalam Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI dan/atau Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri yang terdiri daripada alim ulama’ dan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.
Ini adalah bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan adalah tepat dan membawa kebaikan kepada umat Islam dan seluruh rakyat.
Sebaliknya sekiranya Fatwa dibenarkan untuk dikeluarkan oleh orang-orang politik dan pemimpin-pemimpin politik ianya akan pasti mencetuskan perbalahan, perpecahan, keganasan di dalam masyarakat yang akhirnya meranapkan tamadun sesuatu bangsa.
Oleh itu suka Beta mengingatkan dan menggesa kepada rakyat sekelian terutama pemimpin-pemimpin politik agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan Fatwa secara tidak bertanggung-jawab ini demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.
Beta tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggung-jawab ini. Ingatan Beta ini tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak atau golongan mana-mana parti politik. Malah Beta memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini selepas pilihanraya negeri dan pilihanraya kecil selesai bagi mengelakkan kenyataan Beta disalahertikan sebagai memihak sesuatu kumpulan politik.
Beta menyeru agar janganlah agama diperalatkan bagi meraih sokongan kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang-orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri.
Beta juga menyeru kepada pihak polis agar mengambil tindakan yang pro aktif di dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu supaya menjadi satu pengajaran dan ketakutan kepada mereka yang berhasrat melakukan perkara yang sama di masa hadapan.
Beta menegaskan di sini, Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mempunyai peranan di dalam memelihara hak orang-orang Melayu dan agama Islam sentiasa terjamin. Di samping itu Raja-Raja Melayu juga bertanggungjawab menjamin hak dan keselamatan kaum-kaum lain yang membentuk rakyat Malaysia. Rakyat serta pemimpin politik tidak perlu bimbang tentang pemeliharaan hak kaum masing-masing dan agama yang dianuti oleh setiap kaum di negara ini. Ini adalah kerana undang-undang negara khususnya Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak bagi semua kaum dan agama kepada setiap rakyat Malaysia. Manakala Raja-Raja Melayu berperanan memayungi dan menjamin semua hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut sentiasa dipelihara.
Sebagai mengakhiri kenyataan Beta ini, Beta merayu kepada semua pemimpin politik khususnya pemimpin politik yang senior dan veteran supaya mengelak dari memecahbelahkan rakyat di negara ini sebaliknya mengambil pendekatan bagi menanam dan memupuk semangat perpaduan yang erat di kalangan semua kaum yang berlainan agama demi menjamin kesejahteraan negara. Peliharalah negara kita dengan baik kerana inilah satu-satunya tanah tumpah darah kita yang perlu kita pertahankan kemakmuran dan kedaulatannya.
PERTAHAN DAN SETIA KEPADA AGAMA ISLAM
BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT DAN NEGARA
Sekian.
D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Sultan Selangor
Tarikh: 12 September 2023
My Comments :
Thank you to HRH the Sultan of Selangor for this wise and also timely advise. I hope the DYMM Sultan's advise will stir up some debate as well.
Every country has to go through its learning to crawl phase, then learning to walk phase, learning to run, then adolescence and finally become adult stages.
The question is how fast can you grow up and become a responsible adult. Not all grown ups are adults and not all adults are responsible.
What about us? Other people around us who not too long ago were described as coolies and labourers now operate space stations floating in space. They have landed probes on the moon. But here we are still arguing over petty and really useless issues often at childish levels.
I have said this many times before - the single critical factor that will determine the progress of our democratic country and our democratic society is free and open dialogue, without fear of prosecution and persecution. Just by discussing things calmly and intelligently we can find our way forward. This is the magic bullet that will progress us as a society.
But the magic bullet of free speech is also the silver bullet that can kill the werewolves. The werewolves (serigala jadian) are afraid of free and open discussion. It will kill them. So they have to constantly attack free speech. To ensure their own survival.
Religion is like pregnancy. You cannot be 10% pregnant or 30% pregnant. Either you are fully pregnant or you are not. Let me provide an example - the recent controversy over the Book by Nawawi especially item No. 8.
The local politicians cum religious apologists tried hard to explain their alternative understandings of what is the "real meaning" of No. 8. But this was before the By Elections where they were fishing for votes from the people including the non-Muslims.
The ISIS and Taliban will read Nawawi too. The exact same No. 8 can also be interpreted by the ISIS or the Taliban according to how they see it. You want to go and argue with the ISIS and the Taliban? Go ahead. I know how to and can argue with them, but believe me you cannot. But whoever argues with them be prepared to get shot. So just leave them alone.
But the text that they read are all the same. They only differ in the degree of intensity of how they wish to interpret and implement what they read. The ISIS and Taliban do not worry about By Elections in a multi racal country.
There is no solution to reasoning with these folks. Reasoning, calm discussion and dialogue are not possible. What then is the solution?
I would like to appeal to the Malay Rulers to first enforce a ban on the use of religion, including the name "Islam" by any political party in Malaysia. We should fully separate religion from politics.
The ban by the Malay Rulers must then be followed through by legislation in Parliament to amend the necessary laws to place this ban in effect. Not only the use of the Islam label by political parties must be banned but all references to Islam and religion should be banned by anyone who is a member of a political party or by anyone who is campaigning for a political party. It must be all inclusive.
For 1400 years they cannot solve the differences among themselves. They could not keep their politics out of their religion. So please do not think you can solve their differences. The easiest and best solution is to keep their religion out of politics.
The solution to the fatwas is much easier. Only the Malay Rulers can directly issue a fatwa on their own letterheads. Not the State Mufti or the Majlis Fatwas. Problem solved.
No comments:
Post a Comment