Friday, November 06, 2020

Bagaimana mereka menuduh saya Syiah

Malaysia Dateline:



Bagaimana mereka menuduh saya Syiah

Laju menghukum.

Mereka yang rasa diri mereka suci dan bermentaliti “holier than thou” atau yang tak berapa berdaya dan bermaya untuk berfikir atau para pentaksub yang totok lazimnya mempunyai “simplistic mind“.

Golongan seperti ini lazimnya amat laju dan amat mudah menghukum orang lain.

Sebagai contoh jika ada sesiapa yang menulis atau bercakap tentang Iran atau bersimpati dengan Iran terus dihukum orang itu Syiah.

Bila ada sesiapa yang tolerate dan bukannya endorse pemikiran yang dikira asing dari Islam terus dilabel orang itu liberal dan sesat, bila seseorang keluar dari group mereka terus dilabel dengan pelbagai label yang nafsu mereka suka seolah mereka semua kebal dari dosa!

Satu kisah lucu berlaku ke atas saya dan keluarga. Puak suci menuduh saya berfahaman Syiah bila mereka lihat di rumah saya ada koleksi kitab tafsir al-Mizan karangan ulama Iran.

Maka mereka terus jatuh hukum… sedangkan di rumah, saya juga memiliki koleksi kitab tafsir para ulama Saudi dan hatta saya ada serta baca buku-buku tokoh Komunis, Athiest, Kristian, Hindu, Buddha, Liberalist, Yahudi, Feminist dll.

Saya perlu membaca untuk mengetahui kerana saya, secara relatif banyak “engage” dengan pelbagai jenis manusia.

Yang lebih lucu puak suci hukum saya dan keluarga saya Syiah hanya kerana lihat anak saya solat tak pakai sejadah kat rumah..mereka lihat anak saya bersujud atas lantai bersimin (batu) ..so anak saya Syiah lah menurut teori suci mereka!

Maaf samdol, depa tu bukan Syiah lah tapi depa malas pakai sejadah !!!

Saya terfikir jika para ilmuan Islam dahulu pun berfikiran sempit macam puak suci tu, apalah akan jadi?




3 comments:

  1. oh, another naughty guy no follow islam with hadi characteristic?

    ReplyDelete
  2. Catholics, Protestants and Jews settled their differences ages ago, such peaceful people, let bygones be bygones, but Sunnis and Shias continue fighting each other, this branch of Abrahamism is now the biggest threat in the Middle East, even Israel and Arab countries are warming up to each other. They must adopt the revised Bible/Koran, ie the New Testament where Jesus preaches forgiveness and love, forget about the Crusades, Ottoman Empire, invasion of Iberia etc like Toonsie cannot forget, still want to kill French people....ha ha ha...

    ReplyDelete
  3. Itulah jadinya bila agama dipolitikkan. Saya Tak kata agama suku politik suku. Agama perlu jadi Kayu ukurnya. Masalah timbul apabila ahli politik berselindung di balik agama. Mulalah berhukum sesedap rasa bersandarkan agama. Padahal benda tu bertentangan Terus dgn agama. Keadaan jadi teruk apabila menggunakan agama Dan tuhan sebagai alasan. Cthnya menteri mewa kata Naik gaji adun kelantan tu rezki yg tuhan beri sampai kata siapa Kita nak persoalkannya. Kalau begitu kapla otak dia maka orang yg kena bunuh tak perlulah polis siasat sebab dah memang takdir tuhan atas org tu. Boleh ker mcm tu? Kapla otak berahing buleh kut?
    Satu ketika dulu Ada sorang ahli politik kata pas Ni parti ajaran sesat. Saya rasa Tak stuju jugalah tp la Ni kalau tengok pada apa depa duk buat, rasanya apa yg dikatakan tu Ada betulnya.
    Dulu umno kafir, sekarang jilat pungkok umno. Dulu hidup zuhud, sekarang kalau Tak pakai Mercedes atau vellfire Tak sah.
    Jadi bergembiralah ahli dan penyokong pas. Anda akan masuk syurga sebab undi puak puak ni. Dulu kata faham kebangsaan atau asabiyah Haram. Sekarang sebut melayu Dan Islam dlm satu nafas. Agak agak kalau tok guru Nik Aziz Ada, dia stuju ker tidak dgn puak puak ni? Apa kata Nik abodoh dlm isu Ni?

    ReplyDelete