Pemimpin PAS cadang isteri hadiahkan wanita buat suami
Ketua Penerangan PAS Perak Wan Tarmizi Abd Aziz tampil dengan cadangan langka sempena sambutan Hari Wanita 2018 yang jatuh pada hari ini.
Beliau mencadangkan para isteri membenarkan suami mereka menambah 'cawangan' sebagai tanda penghargaan terhadap golongan wanita.
"Hari Wanita akan lebih bermakna jika wanita itu menghadiahkan seorang lagi wanita kepada pasangannya sebagai tanda menghargai wanita lain," katanya di Facebook hari ini.
Poligami merupakan topik yang sering menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam dan ia jelas terlihat pada reaksi yang diterima di ruangan komen status tersebut.
Malah ada yang bertanya sama ada akaun Facebooknya telah digodam pihak tertentu.
Dihubungi Malaysiakini, Wan Tarmizi berkata beliau hanya menyampaikan sesuatu yang dibenarkan dalam Islam.
"Ini bukan pendapat saya (tetapi) pandangan dalam Islam."

Namun beliau tetap menekankan syarat seperti yang digariskan agama bagi lelaki yang berniat untuk berbuat demikian - iaitu mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada semua isteri.
"Islam meletakkan syarat dan kalau tak dapat penuhi, tak boleh (berpoligami)...Ini ketetapan agama, bukan ikut syarat (buatan) manusia," katanya lagi.
Memandangkan kenyataan tersebut disiarkan secara terbuka di Facebook, Wan Tarmizi mengakui pasti ada yang tidak setuju dengan status tersebut tetapi tidak akan memohon maaf kerana hanya menyampaikan apa yang dibenarkan agama.
Beliau bagaimanapun berkata hanya memiliki seorang isteri, tetapi tidak mengulas lanjut sama ada isterinya berkongsi pandangan yang sama berkenaan poligami.
Awal bulan ini akaun facebooknya pernah menyiarkan status yang mengundang kecaman apabila mempersoalkan sembahyang umat Islam yang tidak mengundi PAS.
Status itu berbunyi, "Solat dibuat tapi tak mahu pangkah PAS, mesti solat orang itu tak betul."
Beliau menafikan menulis status tersebut dan mendakwa akaun Facebooknya digodam pihak yang ingin memburukkan imejnya dan PAS, seperti dilapor Sinar Harian 2 Mac lalu.

(1) That “incredible sense of sexual desire”!!!
(2) MyGovernment says: Polygamy required by Islam due to husband’s “incredible sense of sexual desire” that the wife cannot fulfil
Detected a tone of envy from the Blog owner ? Wakakaka..
ReplyDeleteoh, they got the 72 before go to heaven.
ReplyDeleteThe thing is that the idiot thinks his suggestion is a spark of brilliance not realising that it actually shows the unfairness of islam by the treatment of its wonenfolk.
ReplyDeleteThe frightening thing is also that this fool believes he is the paragon of islamic values and doing Allah's work