Friday, March 19, 2021

Memang DAP pintar, juga lidahnya licin & fleksibel - wakakaka

FMT:

Umno bukan lawan tradisi DAP, soal sanggup kerjasama tak timbul, kata Loke


Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook berkata musuh dan lawan tradisi parti itu ialah MCA, Gerakan, SUPP di Sarawak dan MIC.

PETALING JAYA: Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook, berkata tidak timbul soal adakah DAP sanggup kerjasama dengan Umno kerana sebenarnya mereka bukan “lawan tradisi”, memandangkan kerusi yang ditandingi kedua-dua parti lazimnya tak bertindih.

Katanya, pertembungan DAP dengan Umno “amat minimum”, bahkan kali terakhir DAP dan Umno bertembung hanya sekali, iaitu di Cameron Highlands pada pilihan raya kecil Jan 2019.

“Musuh dan lawan tradisi kita ialah calon daripada MCA, Gerakan, SUPP di Sarawak dan MIC,” katanya dalam temubual sempena ulang tahun ke-55 DAP semalam.

Loke tidak pasti sama ada Pakatan Harapan sanggup bekerjasama Umno, mengakui gabungan itu belum membincangkan hal itu.

Di pihak DAP pula, tiada perbincangan dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 sekarang.

“Adakah kerjasama itu boleh dibentuk selepas pilihan raya?…kalau keadaan memerlukan bahawa semua parti kena kerjasama demi satu kerajaan yang stabil dan kukuh maka ia perlu dibincangkan. Sampai masanya ia perlu dibincangkan,” katanya.

Di sebalik pendirian DAP adalah ia tidak akan bekerjasama dengan ahli politik yang disabit kesalahan dan digelar kleptokrat, Loke berkata kerjasama dengan Umno pernah berlaku di Perak dan Johor.

“Di Perak, kita ada perjanjian keyakinan dan pembekalan dengan Umno, itu merupakan bentuk kerjasama. Di Johor ada satu kerjasama tak rasmi juga bahawa kita bersedia untuk memberikan sokongan kepada kerajaan.”


2 comments:

  1. Betul cakap Sec-Gen DAP akan datang....ha ha ha...DAP macam Mike Tyson sudah KO MCA dan Gerakan, kalau berani mai lawan lagi GE15 tapi sekarang MCA sudah surrender, bagi orang Melayu masuk jadi member kelas 2, sebab GE15 nanti hanya boleh harap dapat undi Melayu, orang Cina semua telur campak masuk bakul DAP, bakul Wee KHAT Siong yilek.....ha ha ha.....

    ReplyDelete