‘Rekaan semata-mata’, bekas ADUN nafi cabul isteri rakan baik
Bekas ADUN Air Putih Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, beliau sudah menjangka perkara itu akan berlaku kerana menerima ugutan awal daripada rakan baiknya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, 51, tampil menafikan dakwaan mencabul isteri rakan baiknya susulan laporan polis yang dibuat mangsa.
Ahmad Nizam berkata, dakwaan yang dibuat pasangan suami isteri dari Taman Melawati, Ampang, Selangor itu hanyalah rekaan semata-mata
Menurut laporan akhbar Utusan, beliau menyifatkan dakwaan itu hanya bertujuan menjatuhkan reputasi dan mengaibkan dirinya.
Ahmad Nizam berkata, beliau dan isteri tidak pernah bermalam di rumah pasangan terbabit kerana mempunyai kediaman di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun katanya, beliau sudah menjangka perkara itu akan berlaku kerana menerima ugutan awal daripada rakan baiknya yang berusia 50 tahun itu pada Ahad lalu, apabila beliau dipukul lelaki berkenaan sehingga patah tulang belakang.
Bekas naib ketua Umno Kemaman itu berkata, rakan baiknya itu mempunyai hutang berjumlah RM200,000 dengannya dan hubungan persahabatan mereka renggang sejak Sept tahun lalu kerana kegagalannya melunaskan hutang.
“Ahad lalu kira-kira pukul 4 petang, dia bersama isteri datang ke rumah saya di Geliga di sini, dan katanya untuk berbincang tentang hutang.
“Tetapi tiba-tiba saya ditumbuk sebanyak dua kali di samping kepala serta badan dibaling dengan pasu bunga secara bertubi-tubi hingga saya tidak boleh bangun, sebelum dia berlalu pergi.
“Saya maklumkan padanya akan melaporkan kejadian itu kepada polis dan dia mengugut saya agar tidak berbuat demikian atau dia akan membuat sesuatu yang boleh memalukan saya.
“Tiba-tiba keluar cerita saya mencabul isterinya,” katanya kepada Utusan semalam.
Satu laporan dibuat di Balai Polis Chukai dan suspek ditangkap di Ampang, Selangor kira-kira pukul 6 petang (Jumaat), namun belum lagi direman dan kini dibenarkan jamin
Ketua polis negeri, Roslee Chik mengesahkan laporan kejadian pukul dan khianat membabitkan Ahmad Nizam dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Ahmad Nizam sementara itu berkata, beliau menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan lanjut mengenai dakwaan cabul tersebut.

Alleged sexual assault against BEST FRIEND'S wife? If allegations are proven, he is a BEAST
NO PROBLEM...MINTA PARIAH PM BAGI TIKET BUAT PONZI UMRAH SEMUA DILUPAKAN ...PEMBUNUHAN, PENCURIAN, PENIPUAN, GENOCIDE KAUM SENDIRI.....KANAK2 AGAMA ISTIMEWAH APA INI??
ReplyDeleteHe is safe as long as he is aligned with Moo
ReplyDelete