OutSyed The Box
Saturday, December 17, 2022
AKTA DARIPADA ZAMAN PENJAJAH YANG MASIH KEBAL
"Undang-undang yang dulu dianggap zalim sudah tidak zalim lagi".
- KL : Police arrested man to assist investigation into post on Facebook
- man arrested on Thur (Dec 15) remanded for 3 days from Fri (Dec 16)
- received police report on statement uploaded on Facebook account
- investigation by Bukit Aman’s classified crimes investigation unit (D5)
- police seized Vivo mobile phone, sim card used to upload post
- under Sect 4 (1) Sedition Act 1948, Sect 233 Multimedia Act 1998
- reminded public to be prudent social media users
- not use platforms to stir up anger, hatred threaten harmony of country
- action against any person who intentionally threatens public order, national security
My Comments :
Sedition Act 1948 atau Akta Hasutan 1948 telah diluluskan oleh Parlimen British di London pada tahun 1948.
Pada masa itu belum ada lagi negara merdeka Malaysia ataupun sistem Parlimen di tanah ini. Masa itu kita adalah tanah jajahan British.
Kenapa pada tahun 1948? Kenapa bukan pada tahun 1938 atau 1928? Atau tahun 1954?
Bagi saya antara sebab utama ialah kemunculan desakan untuk merdeka yang dipelopori oleh orang Melayu terutama sekali oleh Dato Onn bin Jaafar pada tahun 1946.
Pada tahun yang sama Dato Onn (gambar atas) telah menubuhkan UMNO yang berjaya menyatukan aspirasi orang Melayu untuk mencapai kemerdekaan bagi tanah semenanjung.
British juga khuatiri kemunculan pemberontakan ganas oleh Parti Komunis Malaya pada 1948 yang digunakan British untuk mengisytiharkan keadaan darurat atau Emergency pada tahun yang sama. Keadaan Darurat akan berterusan sehingga 1960.
"The Sedition Act 1948 (Malay: Akta Hasutan 1948) in Malaysia is a law prohibiting discourse deemed as seditious. The act was originally enacted by the colonial authorities of British Malaya in 1948 to contain the local communist insurgence. The act criminalises speech with "seditious tendency", including that which would "bring into hatred or contempt or to excite disaffection against" the government or engender "feelings of ill-will and hostility between different races".
Apabila Perang Dunia Kedua tamat pada 1945 empayar British mengalami kekangan kewangan dan kemelesetan ekonomi yang sangat teruk. British juga kehilangan sumbangan dana dan hasil yang besar apabila tanah jajahan India merdeka pada 1948. Selepas Perang Dunia Kedua negara kita Malaya telah menjadi sumber hasil dan pendapatan yang terbesar bagi empayar British, melebihi sumbangan daripada Australia atau Canada.
Maka British belum mahu "melepaskan" tanah Malaya lagi. Selepas kemunculan UMNO 1946, pemberontakan Parti Komunis Malaya dan pengisytiharan Akta Darurat pada 1948 British telah berjaya melewatkan kemerdekaan Malaya untuk selama SEMBILAN tahun lagi hingga 1957.
Dan kenapa 1957 dan bukan 1955 atau 1953? Sebab pada 1957 / 1958 seluruh dunia mengalami satu economic recession atau kemelesetan ekonomi yang teruk.
"The Recession of 1958, also known as the Eisenhower Recession, was a sharp worldwide economic downturn in 1958. The effect of the recession spread beyond the United States borders to Europe and Canada, causing many businesses to shut down. It was the most significant recession during the post-World War II . . . and caused a sharp economic decline."
Bagi empayar Britian kos kewangan untuk mentadbir tanah jajahan mereka yang sangat luas sudah melebihi hasil dan pendapatan daripada tanah jajahan itu, termasuk Malaya. Saya diberi faham oleh Tun Hanif Omar bahawa pada 1957 Britain sudah tidak cukup duit untuk membayar gaji Penjawat Awam di Malaya. Maka ianya akan mengurangkan beban kewangan Britain jika Malaya "dilepaskan" untuk menjadi negara merdeka. Sudah tiba masa 'You can carry the baby now'. Maka kita pun merdeka pada 1957.
Tetapi antara 1948 dan 1957 penjajah British telah menggunakan Akta Hasutan (Sedition Act) dan akta lain untuk penjarakan beribu penduduk Malaya pelbagai kaum ia itu orang Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Maka Akta Hasutan 1948 menjadi alat penjajah untuk menjaga kepentingan mereka di tanah Malaya.
Selepas Merdeka pada 31 Ogos 1957 Akta Hasutan 1948 telah dilanjutkan lagi oleh pentadbiran kerajaan Malaysia walaupun kita telah merdeka. Akta yang telah digunakan oleh British untuk mengekalkan kuasa penjajahan sekarang membantu kerajaan negara merdeka mengekalkan kuasa pemerintahan mereka pula.
Akta yang dianggap agak zalim sewaktu kuasa penjajah tiba-tiba bertukar menjadi 'tidak zalim' oleh parti pemerintah yang baru.
Undang-undang yang dulu dianggap zalim sudah tidak zalim lagi.
Maka bermula juga zaman parti politik pembangkang yang memekik dan melolong akan "kezaliman" Akta ISA dan Akta Hasutan dalam perjuangan politik mereka.
Gerakan anti Akta Hasutan, anti Akta ISA dsbnya memuncak pada zaman pembangkang "reformasi" yang bermula pada 1998. Akta Hasutan dan Akta ISA dikaitkan dengan ungkapan 'Mahazalim' dan 'Mahafiraun' .
Tetapi bermula 2018 parti pembangkang berjaya membentuk kerajaan. Walaupun hilang kuasa pada 2020 parti pembangkang berjaya menawan kuasa sekali lagi pada tahun ini, 2022.
Dan parti yang dulu sangat menentang undang-undang zalim ISA, Akta Hasutan dsbnya sekarang kekalkan SOSMA (pengganti ISA), Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Multimedia Act pula.
Undang-undang yang dulu dianggap zalim sudah tidak zalim lagi. Daripada zaman penjajah British, memasuki zaman Mahazalim dan Mahafiraun dan sehingga kini Akta Hasutan masih kebal.
By Syed Akbar Ali at December 17, 2022
Correction of fact, the Opposition Pakatan Harapan did NOT win a majority in the 2022, this is not a PH Government for real.
ReplyDelete