Monday, March 15, 2021

Pakatan & UMNO ke-arah Bromance contoh 'Perak'?

FMT:

Anwar sahkan perbincangan ‘positif’ dengan Umno, puji Najib, Zahid


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata beberapa pertemuan tidak rasmi diadakan dengan pemimpin Umno, dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim mengesahkan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15, malah memuji Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pemimpin berwibawa dan peduli, namun mereka harus menjawab tuduhan yang dihadapi di mahkamah.

Dalam siri temubual dengan Utusan Malaysia, ketua pembangkang berkata beberapa pertemuan tidak rasmi diadakan dengan pemimpin Umno, dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.

Anwar berkata hasilnya “positif” namun menegaskan sebarang kerjasama bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama berteraskan “idealisme”.

“Dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (Umno), dan mereka lebih faham kita,” katanya.

“Maka kalau kemungkinan kerjasama kita, yang kita lakukan dengan Amanah dan DAP, dan kini dengan Umno yang sehaluan ini, kalau mereka (Umno) terima landasan ini, ia landasan berteraskan idealisme.”

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pimpinan Umno dalam siri perbincangan awal itu.

Dalam temubual itu, Anwar diminta memberi pandangannya tentang dua pemimpin utama Umno, bekas perdana menteri Najib Razak dan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, yang ketika ini sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah.

“Najib semasa menjadi perdana menteri dianggap mempunyai kewibawaan melaksanakan beberapa program, tetapi dia harus berdepan dengan isu pertuduhan sekarang dan menjawab,” kata Anwar.

Manakala “Zahid nampak lebih kepedulian terhadap masyarakat, sangat kuat. Tetapi dalam setiap pertuduhan itu dia kena jawablah di mahkamah.”


3 comments:

  1. UMNO is just playing Harapan for fools, just like a toying with a girl.
    Anwar better be Very, Very Careful dealing with the nest of Cobras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perhaps ph shd get umno to sign a joint declaration
      50 years unchanged, we hope umno is less sneaky, less dishonest n less devious.

      Delete
    2. Another one of those slips of the hand to give yr ketuanan dangdut pal a push!

      Delete