Thursday, March 11, 2021

Musa Hitam to Lim KHAT: (Dulu) Don't trust Mahathir - (Sekarang) Told you so, wakakaka

From Malaysia-Today:

Percaya Mahathir, Kit Siang Mesti Malu Jumpa Saya – Musa


(Suara Merdeka) – “Saya cakap ini bukan soal memaafkan, cuma dari sudut politik saya memang tak percaya kepada Mahathir. Sekarang, dia mesti malu nak jumpa saya sebab kata-kata saya dulu terbukti benar.”

Itu kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam kepada Mingguan Malaysia selepas pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang membantah apabila dia berlaku jujur menyatakan tidak percaya kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pendapat itu disuarakan oleh Musa ketika Kit Siang berkunjung ke rumahnya selepas Pakatan Harapan berjaya menjadi kerajaan. Kit Siang menempelak Musa kerana tidak bersikap pemaaf terhadap Dr. Mahathir.

“Dia selalu datang rumah saya. Masa mula-mula Pakatan Harapan memerintah yang mana Mahathir jadi Perdana Menteri, dia (Kit Siang) berkunjung ke rumah saya.

“Dia terlalu seronok waktu itu sebab dah jadi kerajaan, maka asyik bercakap, saya diam sahaja. Di penghujung perbualan, saya cakap. “Kit Siang, terima kasih beritahu saya semua ini. Tapi saya nak cakap satu perkara, saya tak percayakan Mahathir”.

“Dia bangkang, dia cakap oh kamu tak maafkan orang. Saya cakap ini bukan soal memaafkan, cuma dari sudut politik saya memang tak percaya kepada Mahathir. Sekarang, dia mesti malu nak jumpa saya sebab kata-kata saya dulu terbukti benar,” kata Musa dalam wawancara yang diterbitkan Ahad lali.

Musa yang kini Pengerusi World Islamic Economic Forum Foundation (WIEF) turut memberi komen terhadap beberapa pemimpin negara termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengenai Muhyiddin, Musa berkata, Perdana Menteri ke-8 itu banyak pengalaman dalam pelbagai cabang kementerian, mempunyai kelebihan dengan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta seorang yang beragama.

“Orang kata kerajaan dia sekarang ini pintu belakang. Tiada yang hormat, hari-hari orang bantai. Tapi apapun, Muhyiddin berjaya kalahkan Mahathir untuk jadi Perdana Menteri (tertawa). Muhyiddin beat Mahathir to it. Tiada apa yang nak dimalukan kalau dianggap oportunis dalam politik, its part and parcel of a character,” kata Muhyiddin.

Najib pula menurut beliau telah membuktikan kemampuan sebagai pemimpin dan
telah mempamerkan kebolehan memimpin yang terbaik sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman sampai sekarang.

Beliau turut menyifatkan Ahli Parlimen Pekan itu sebagai antara perdana menteri yang paling berjaya.

“Bijak, dia sangat bagus dari segi akademik dan boleh buat keputusan. Malah, dia juga berupaya mendapatkan perspektif yang baik dalam hal-hal penting.

“Tapi malangnya, terjadilah sesuatu yang sudah terjadi kepada dia yang saya tak mahu ulas. Tapi kalau tolak semua itu, saya rasa dia yang terbaik sebagai pemimpin,” katanya.

Sementara itu terhadap Anwar, Musa berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu tanpa keraguan layak diangkat sebagai perdana menteri.

Menurut Musa, Anwar mempunyai karisma untuk menjawat jawatan nombor satu itu.

“Dia patutnya dah jadi Perdana Menteri, tapi ada seorang yang berjanji pada dia, beberapa kali, kawan itu tunggu punya tunggu, akhirnya tetap tak jadi. Dulu kalau orang yang berjanji itu kasi pada dia, saya kata boleh, good idea. Tapi malangnya, orang yang berjanji itu tak kasi,” katanya sambil ketawa.



7 comments:

  1. Tapi Kit Siang has the last laugh. DAP ada 42 kerusi. Toonsie ada berapa? DAP is the most stable party. Macam mana Parti Maruah Melayu?

    Musa pula telah lama tak berpengaruh, siapa yang mahu dengar apa dia cakap. Hanya RPK itupun kena korek korek korek baru dapat. Lepas itu KT main tag-team dengan RPK, copy & paste, bagi megaphone jerit kuat kuat ha ha ha...sila teruskan....saya boleh ikut....

    ReplyDelete
  2. I hope the current cec in DAP get wiped out in GE15. Party hipokrit LIMs

    ReplyDelete
  3. For agreeing to work with toonsie

    ReplyDelete
  4. LKS was really a bloody fool to believe the old fool.

    The old fool must have been laughing behind LKS's back thinking how easy it was to con a so-called experienced politician.

    LKS deserves to wear the dunce cap - what a bloody idiot

    ReplyDelete
  5. Musang Hitam Pengerusi World Islamic Economic Forum Foundation (WIEF) 🤣🤣🤣🤣

    Guys who knew him from the past 50 years will tell you he is pretty unIslamic...hahahaha... Wine..Women.. and Song...

    My kind of Malay... rare breed these days.

    I don't know maybe he has Bertaubat in old Age..

    ReplyDelete
  6. come on la musa, lks face skin is as thick as 3 encyclopedia.

    ReplyDelete