Bisu membisu
Memulakan artikel terbaru saya ini dengan kisah lama. Kisah yang saya rasa ramai sudah tahu dan masih ingat.
Imbas kembali 1980-an ketika Musa Hitam timbalan presiden Umno. Beliau terkenal dengan saranannya, khusus untuk ahli Umno (sebenarnya Pemuda) supaya jangan menghidap “sindrom bisu”. Untuk keseluruhan orang Melayu pula Musa menasihati supaya mereka “kurang ajar”.
Imbas kembali 1980-an ketika Musa Hitam timbalan presiden Umno. Beliau terkenal dengan saranannya, khusus untuk ahli Umno (sebenarnya Pemuda) supaya jangan menghidap “sindrom bisu”. Untuk keseluruhan orang Melayu pula Musa menasihati supaya mereka “kurang ajar”.
Definisi beliau buat “sindrom bisu” ialah membisu walaupun segala macam kepincangan pemimpin parti yang ada di depan mata. Lalu Musa mahu ahli Umno jangan dibelenggu sindrom itu dengan memberanikan diri bersuara, mendedahkan, dan menegur kepincangan, dan kelemahan serta kesilapan pemimpin.
Jangan berdiam diri jika nampak benda tak baik berlaku. Jangan berdiam diri kerana takut, mahu jaga diri, periuk nasi, jawatan, dan sebagainya. Kesimpulan kata-kata Musa ialah mesti berani mengeluarkan pendapat dan teguran. Jangan sokong membabi buta.
Saranannya buat orang Melayu supaya “kurang ajar” pula ialah bercakap terus-terang walaupun lantang dan tidak disenangi pihak yang kena tegur. Jangan cakap berlapik kerana mahu jaga hati orang yang dikritik. Lazimnya orang Melayu tidak suka bercakap secara terbuka meski pun tidak senang terhadap sesuatu perkara. Sebab? Nak jaga hati dan tidak mahu menyinggung perasaan orang. Ada juga kerana takut tindak balas yang akan menyusul.
Musa nasihatkan “amalan” itu dihentikan. Jika bagus kata bagus jika tak bagus kata tak bagus. Cakap terus-terang. Jangan berlapik. Jangan bunga-bunga. Musa menyimpulkan cakap terus-terang sebagai “kurang ajar”. Jelas kurang ajar yang beliau maksudkan bukanlah perangai atau biadab yang lazimnya dikaitkan dengan sikap kurang ajar secara umum.
Musuh politik beliau mengeksplotasi keadaan dengan menuduh Musa mahu orang Melayu jadi kurang ajar – sesuatu yang melanggar adat dan budaya orang Melayu. Tuduhan yang berkesan. Saya tidak bercadang membincangkan hal itu. Mungkin di lain kesempatan.
Cuma yang ingin disampaikan kali ini ialah walau apa pun pandangan kita terhadap Musa – suka atau tidak kita akan beliau – saranannya mengenai “sindrom bisu” dan “kurang ajar” tetap relevan.
Bukan sahaja untuk ahli Umno atau orang Melayu semata-mata tetapi juga buat rakyat negara ini keseluruhannya. Kita tahu rakyat di banyak negara sememangnya tidak membiarkan “sindrom bisu” mencengkam mereka.
Mereka juga “kurang ajar” yakni bercakap terbuka mengeluarkan pandangan dan teguran ke atas pelbagai pihak termasuk kerajaan masing-masing walau pun tindakan mereka tidak disenangi.
Apa yang saya mahu katakan ialah kita juga mesti bebas untuk menegur dan mengkritik mengikut lunas-lunas tertentu. Malah kebebasan itu sedikit sebanyak pernah kita nikmati tidak berapa dulu. Rasanya ramai di antara kita pernah bersuara dan masih mahu bersuara.
Bagaimanapun, baru-baru ini kita tahu portal berita Malaysiakini didenda RM500,000 setelah didapati bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembacanya. Mahkamah Persekutuan berpendapat Malaysiakini bertanggungjawab terhadap komen pembacanya yang siar.
Saya tidak ada niat mempertikai keputusan mahkamah. Sekadar memberitahu jika ada portal berita yang mahu menyediakan ruangan komen pembaca mungkin mereka akan fikir dua tiga kali sebelum berbuat demikian. Sebelum kes Malaysiakini ini pun sudah tidak banyak portal yang menawar ruang itu.
Dalam erti kata lain ruang komen portal berita, platform popular untuk orang ramai menyiarakan pendapat sudah atau akan berkurangan.
Kita ada juga baca laporan akan siasatan fitnah ke atas pelukis grafik Fahmi Reeza berhubung karikatur kritik menteri kesihatan. Ada juga siasatan ke atas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng berhubung kenyataan mereka mengenai pengisytiharan darurat.
Kini ada ordinan darurat berita palsu. Ia antaranya memperuntukkan denda RM100,000. Ordinan itu sudah pun diwartakan tanpa perlu dibawa ke Parlimen kerana darurat mengizinkan begitu.
Kita tahu pak menteri Saifuddin Abdullah dan Takiyuddin Hassan berkata ordinan ini bukan bermotif politik – sebaliknya bertujuan untuk halang berita palsu berkaitan Covid-19 dan darurat, dan “ini untuk waktu daruat bukan selamanya”.
Namun ramai termasuk saya yang bimbang. NGO ada membantah. Begitu juga orang politik. Banyak hujah diketengahkan. Panjang lebar.
Untuk memendekkan cerita – mereka yang membantah percaya undang-undang sedia ada memadai untuk menangani masalah yang dibimbangi kerajaan. Ordinan ini pula dikatakan agak meluas dan “samar” dan dalam keadaan begitu, ia terbuka kepada salah guna kuasa.
Membimbangkan juga ialah istilah atau definisi “berita palsu” itu sendiri. Apa yang difahamkan berita palsu ialah apa yang kerajaan kata palsu. Sesuatu berita atau laporan dianggap palsu dan tidak benar mengikut tafsiran kerajaan.
Contohnya kenyataan Takiyuddin. Kata beliau “mendakwa darurat diisytihar kerana kerajaan hilang majoriti adalah berita palsu”.
Saya setuju dengan pandangan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, apabila beliau berkata baru-baru ini “kebebasan bersuara dan eskspresi semakin mengecil dengan pelbagai ordinan dilaksanakan”.
Tajuddin juga dilapor berkata Yang di-Pertuan Agong bersetuju dengan ordinan berita palsu ini. Atau ordinan berita palsu mendapat perkenan Agong.
Kata bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim, tindakan Takiyuddin seakan beliau berselindung di belakang Agong.
Lalu persoalan timbul adakah Takiyuddin mahu memberi amaran sesiapa yang membantah ordinan itu boleh dilihat sebagai menderhaka?
Jika begitu, maka sia-sialah Musa Hitam keluarkan nasihat jangan dicengkam “sindrom bisu” dan mesti “kurang ajar” (bercakap terus-terang) lebih 30 tahun lalu.
Jika begitu, maka sia-sialah Musa Hitam keluarkan nasihat jangan dicengkam “sindrom bisu” dan mesti “kurang ajar” (bercakap terus-terang) lebih 30 tahun lalu.
Kata bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim, tindakan Takiyuddin seakan beliau berselindung di belakang Agong.
Lalu persoalan timbul adakah Takiyuddin mahu memberi amaran sesiapa yang membantah ordinan itu boleh dilihat sebagai menderhaka?
kami kena bisu, ideologi regimen ke-10 dah merebak sani sini macam wuhanvirus. sikarang masa untuk sumua berikrar setia kpd chairman moo.
ReplyDeleteThere are 2 kinds of silence.
ReplyDelete1) Complicity by people who benefit from the Corruption and abuse of power.
2) Those who know, but choose to look the other way , so as not to get any unwelcome attention.
3) those who r totally ignorant!
Delete