Tuesday, March 16, 2021

Azmin Ali ahli politik paling jahat di abad ini

Malaysia Dateline:



Apa sebab ‘Azmin paling jahat di abad ini’, saya tak gamak, kata MT Umno

Apakah bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali layak digelar ‘Ahli politik paling jahat di abad ini’ akan ditentukan selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang, kata ahli Majlis Tertinggi Umno.

Datuk Dr Puad Zarkashi bertanya, apakah tuduhan yang dilemparkan terhadap Azmin sudah mencukupi untuk melabel Azmin “paling jahat”?

“Ada sebab lain? Rasuah atau money laundering? Ia akan diketahui kalau kerajaan PN tumbang,” kata beliau.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman melabel Azmin Ali sebagai “ahli politik paling jahat abad ini”.

“Beliau adalah watak sebenar yang merosakkan PKR dengan mempamerkan perilaku tidak bermoral.

“Malah rancangan untuk merosakkan PKR telah disusun rapi oleh Azmin sejak sekian lama.

“Beliau turut menyusun sayap pemuda dan wanita dengan meletakkan mereka yang tiada kreadibiliti sebagai calon pemilihan parti sehingga timbul perbalahan dalaman yang meruncing,” kata Syed Badli dalam satu kenyataan.

“Gelaran itu memang kasar. Saya tidak akan tergamak gunakannya. Azmin mesti sentap. Rasanya tahap marah Syed Bazli paling maksima,” kata bekas timbalan menteri itu.

Tetapi beliau bertanya, apa puncanya cemuhan “paling jahat” itu timbul.

“Azmin biasanya dikaitkan dengan isu video kabur, lompat parti, bawa lari MP PKR, dan sekarang ini dituduh membeli dan mengugut MP PKR supaya menyokong PN,” kata bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan BN dahulu itu.


1 comment:

  1. hanya orang jahat know how to kautim mahathir n umno.

    ReplyDelete