Sunday, September 07, 2025

INKUES YANG TAK MASUK AKAL

 

Saturday, September 6, 2025


INKUES YANG TAK MASUK AKAL


RULE NO 1: NO NAMES. 


1. Mula sekali pakar patologi tidak boleh menjadi pakar washing machine. Ini sudah keluar 'area of expertise'. Siapa suruh patologis cakap pasal washing machine pula?

Dan kenyataan WASHING MACHINE dia sangat salah. Washing machine biasa boleh dimuat kain baju 10 kg, 15 kg, 20 kg dsbnya. Tapi ini adalah 'dry weight' atau berat kain baju yang belum basah. This is the dry weight of the clothes to be washed. 

Apabila washing machine berjalan, air akan mengisi dalam mesin. Biasa boleh isi tiga baldi penuh air atau lebih. Satu baldi boleh ada 15 liter air. Atau 15 kg air (Sebab berat 1 liter air adalah 1 kg). Jadi washing machine dengan kapasiti 15 kg kain baju yang kering boleh diisi dengan 45 kg air. 15kg + 45kg = 60kg.

So when it is operating the weight inside the washing machine can be 50 - 60 kg.  Berat badan mangsa sekitar 50 kg sahaja.

Dan washing machine boleh terus di-switch on kepada spin cycle, tanpa perlu diisi air pun. Maksudnya washing machine boleh 'dry' spin dengan laju.   

Ini huraian teknikal sahaja. To be technically accurate. 

2. DI MANA KESAN TUMPAHAN DARAH DI TEMPAT KEJADIAN? 

Kaki patah, lebam di tangan kiri dan di bahagian kiri badan. Tetapi yang paling dahsyat ialah luka serius di belakang kepala. Kepala pecah.  Itulah sebabnya cause of death was 'kekurangan oksijen mengalir ke dalam otak'.

So where are the blood stains? Di mana kesan tumpahan darah? Lebih seminggu atau dua minggu pun forensik patut boleh kesan 'bloodstains'. Kalau tidak ada kesan tumpahan darah di tempat mayat dijumpai implikasinya simangsa hilang nyawa di tempat lain. 

3. CRIMINAL NEGLIGENCE HOSPITAL TIDAK MEMBUAT AUTOPSI BILA MANGSA MENINGGAL

Dua kaki sudah patah, lebam serius di tangan dan badan. Lepas itu kecederaan serius di belakang kepala sehingga 'scalp' (kulit kepala) terkoyak.  Ataupun bahasa mudah 'kepala pecah'.  Jelas sekali ini bukan saja 'unnatural causes' tetapi sudah tentu ia adalah 'violent trauma' yang membawa kepada kematian. 

Bagi setiap kes motorcar atau motorcycle accident pun, semua hospital dalam dunia (termasuk negara kita) akan pasti melakukan autopsi, termasuk kes di mana mangsa yang tercedera serius meninggal di hospital.  Ini mengikut SOP untuk menentukan bahawa cause of death ada kaitan dengan kemalangan atau malapetaka. (Also to rule out bukan doktor hospital yang membunuh mangsa. Contohnya dalam kes anak muda Bomba di Shah Alam dulu, pakar forensik kenal pasti 'mishandling' di hospital sebagai mengakibatkan kematian).

Soalannya kenapa hospital tidak mahu membuat bedah siasat autopsi apabila sudah begitu jelas kes ini melibatkan 'unnatural causes' dan 'violent trauma'? Sebenarnya ini adalah criminal negligence oleh hospital. Apa yang berlaku sebenarnya?

Apabila Princess Diana terkorban dalam kemalangan kereta di Paris (1997) immediate cause of death termasuk 'her heart was displaced from its original position'. Maksudnya jantung Princess Diana tercabut dari tempat asalnya yang menyebabkan kematian (selain daripada kecederaan lain yang juga serius). Dan patologis akan sahkan bahawa kecederaan itu 'consistent with injuries arising from a car crash'. Kita boleh faham bahawa cause of death yang sebenarnya ialah kemalangan di jalanraya.

Di sini pula  patutnya patologis rakamkan bahawa 'cause of death was lack of oxygen flowing into the brain arising from serious trauma to the back of the head consistent with falling from a height of three stories'. Tambah lagi patologis sudah melihat sendiri tempat kejadian.  Maksudnya luka di belakang kepala akibat jatuh dari tingkat tiga yang menyebabkan kematian. Oklah saya setuju inkues baru bermula - kita tunggu keterangan selanjutnya.

4. BAJU MANGSA DIAMBIL 20 HARI SELEPAS KEJADIAN

Ini adalah satu lagi misteri besar. Kenapa tunggu 20 hari untuk mengesan baju mangsa. Jika baju mangsa sudah dibasuh atau disimpan di tempat terbuka maka 'admissibility' of evidence akan terjejas. Ini ikut SOP apa pula?

5. BUKAN JATUH, BUKAN DITOLAK. SO TAKKAN DIA TERBANG MACAM SUPERMAN? 

Kalau bukan jatuh, kalau bukan ditolak takkan dia terbang sendiri macam Superman? Dan kenapa pula dia mahu bunuh diri? Kalau dia bergayut atau menghayun daripada 'railing' besi atas tembok itu apakah dia diugut, diancam atau dipaksa panjat atas tembok? Jika demikian itu adalah jenayah 'attempted murder'. Atau sekurang-kurangnya 'manslaughter'. Bukan buli membuli.

6. KENAPA INKUES TIDAK MASUK AKAL.

Bukan saja tidak masuk akal tetapi membuang masa, membuang api, air dan membazir sewa pejabat Coroner. Juga membazir gaji coroner, patologis dan semua pegawai-pegawai sekali.

Hari itu pegawai pakai baju berpaku-paku sudah membuat kenyataan jelas dan secara terbuka bahawa sudah ada bukan satu, dua atu tiga saksi ("WITNESSES") tetapi bilangan WITNESSES adalah beratus orang. Hundreds of witnesses. Hampiri DUA RATUS WITNESSES.

Kalau sudah ada hampir 200 WITNESSES the why do you need an inquest?

Tuan-tuan mari kita fikir sedikit. Setiap tahun mungkin terdapat beratus kes kematian unnatural, mati secara ganas, pembunuhan,  mati kena buli  dan dsbnya.  Tetapi tidak ada pun inkues. Atau jarang sekali. Dan jarang sekali terdapat BERATUS WITNESSES. Kalau hanya ada tiga orang, lima orang atau dua orang saksi pun kes itu boleh dibawa terus ke mahkamah.  Tanpa perlu kepada inkues. 

Contohnya kes student universiti yang dibuli, dipukul, dibakar dengan seterika sampai mati. Tidak ada pun inkues. Orang yang terlibat membuli dan membunuhnya terus ditangkap, dimasuk lokap, dihadap ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Case closed. 

Bagi saya tanya saja BERATUS WITNESSES ITU.

  • Siapakah yang last sekali bersama simangsa? 
  • Who was the last person who was seen with the victim? 
  • Pukul berapa orang itu bersama simangsa? 
  • Di tempat mana dan berapa jauhnya jarak antara mereka?
  • Lets say mangsa "jatuh" pada pukul dua pagi (2 am). 
  • Lets say dua minit sebelum itu, pada pukul 1.58 am pula mangsa dikelilingi oleh Si-A, B, C dsbnya.
  • Dan mereka berada dalam jarak satu meter atau dua meter daripada mangsa.
  • Bagi saya, mereka itulah menjadi suspek utama. 
  • Tak payah inkues-inkues.  

Saya juga sangat yakin all this information sudah pun dikenal pasti.
Why? Because sudah ada hampir 200 WITNESSES. That is why.  

Apkah tujuan inkues ini sebenarnya?    

No comments:

Post a Comment