Thursday, October 31, 2019

My mistake & disappointment in Saifuddin Abdullah


FMT:

Adakah PAS akan bantu calon Cina BN di PRK Tg Piai, soal PH



Saifuddin Abdullah berkata, lebih mudah untuk PAS menyokong calon PH, Karmaine Sardini yang merupakan calon Islam dan mempunyai rekod baik 

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Abdullah mempersoalkan PAS jika ia akan menyokong calon Cina Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai kerana parti Islam itu pernah berkempen untuk calon Islam.

Katanya, lebih mudah untuk PAS menyokong calon PH, Karmaine Sardini yang merupakan calon Islam dan mempunyai rekod baik.

“Masalahnya adalah dengan PAS, bagaimana mereka akan berkempen di Tanjung Piai kerana mereka menyokong dan bekerjasama rapat dengan Umno. Saya rasa PAS perlu sokong calon PH.

“Mereka pernah berkempen menggunakan isu kaum dan agama untuk memilih calon di tempat lain. Jadi, terserah kepada rakyat untuk lihat parti mana yang berterus-terang,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pada 25 Jan lalu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang meminta pengundi Islam di PRK Cameron Highlands wajib menyokong calon yang mempunyai sifat keagamaan dan rekod bersih, iaitu calon BN, Ramli Mohd Nor.

Katanya, umat Islam tidak sepatutnya memilih calon DAP yang didakwanya menunjukkan tanda-tanda negatif yang tidak dapat disembunyikan terhadap Islam.

Tetapi, Hadi hari ini dilaporkan bersetuju dengan keputusan BN yang sekali lagi memilih Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, Wee Jeck Seng bertanding di kerusi Parlimen itu dalam PRK pada bulan depan.

“Sokongan ini adalah selaras persefahaman yang dipersetujui dalam Muafakat Nasional antara Umno dan PAS yang ditandatangani pada 14 Sept lalu,” kata Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan sambil menambah parti itu berharap pemilihan Wee akan membawa pendekatan politik matang dan tidak melampau.

Wee pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal mulai 2008, sebelum tewas tipis kepada Mohd Farid Mohd Rafik daripada PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu dalam pertembungan tiga penjuru membabitkan calon PAS.


Malangnya!

Saifuddin Abdullah adalah seorang politik yang saya (sebelum hari ini) sangat menghormati, memang pun pada masa beliau berada di UMNO. Sering saya telah menyebut bagitu di blog ini.

Tetapi hari ini, beliau telah menunjukkan rahsia perasaannya yang begitu rasis, dimana, aiyoyo, beliau menghasut PAS untuk menyokong calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang beragama Islam.

Di Bahasa Inggeris, perasaannya yang beliau mendedahkan (mungkin yang tidak sengaja/sedar)  di sebutkan  sebagai 'showing his true colours'.



tidak sangka bahawa Saifuddin Abdullah seorang yang mempunyai ciri2 ras melampau

Malaysia Baru? Wakakaka ... sob ... sob ... sob.


2 comments:

  1. Saifuddin said he was only joking. Don't fib.

    I am waiting for the photo opportunity on nomination day, when Hadi Awang holds Wee Ka Siong's hand, both smiling (painful smile?) at the camera.

    MCA is now PAS's bitch.....ha ha ha....how the tables have turned.
    I'm Lovin' It....

    ReplyDelete
  2. Adam Abu Bakar,
    you paham apa itu "perli" kah??
    beliau langsung tak rasis, hanya kau yang kurang pintar!

    ReplyDelete