Tuesday, June 27, 2023

Zahid jamin MCA, MIC diberi kerusi dalam PRN


FMT:

Zahid jamin MCA, MIC diberi kerusi dalam PRN


Pengerusi BN itu berharap sebarang desas desus yang mengatakan MCA dan MIC tidak diberikan tempat dalam PRN perlu dihentikan.



Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi memberi jaminan parti komponen gabungan itu tidak akan dipinggirkan dalam PRN tidak lama lagi. (Gambar Bernama)


PUTRAJAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa MCA dan MIC akan diberi kerusi bertanding dalam PRN di enam negeri termasuk di Selangor.

Zahid berkata, dengan keputusan itu beliau berharap sebarang desas desus yang mengatakan MCA dan MIC tidak diberikan tempat dalam PRN perlu dihentikan.

“Saya ingin memaklumkan juga bahawa MCA dan MIC juga ada tempat dan ada kerusi kita berikan kepada mereka untuk bertanding

“Saya harap jika ada sebarang desas desus mengatakan ada peminggiran dalam kalangan komponen BN, saya harap ia dipadamkan. Jadi saya ingin memberikan jaminan ini kepada rakan-rakan parti dalam komponen BN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Portal TVET Masani dan Pertukaran Memorandum Kerjasama.


BERITA LANJUT MENYUSUL


No comments:

Post a Comment