Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay melayan tetamu yang mendapatkan tandatangan pada buku biografinya, Tan Sri Mydin Pitchay: Dari Pendang ke Bukit Aman, Jejak Integriti selepas Pelancaran Buku Biografi tersebut di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, hari ini. - Gambar Bernama, 23 Julai
Ayob Khan umum bersara mulai Ahad selepas 35 tahun dalam PDRM
Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
Wartawan Scoop
Dikemaskini 13 saat lalu
23 Julai, 2026
9:00 PM MYT
KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, mengesahkan beliau akan bersara Ahad ini, selepas berkhidmat hampir 35 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Insya-Allah, Ahad ini adalah hari terakhir saya dalam pasukan selepas berkhidmat hampir 35 tahun bersama polis,’’ katanya pada sidang media selepas pelancaran buku biografinya, From Pendang to Bukit Aman: The Integrity Journey of Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, hari ini.
Ayob Khan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2023.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan selepas bersara, Ayob berkata, keutamaannya kini adalah berehat terlebih dahulu selepas menamatkan perkhidmatan.
Bagaimanapun kata Ayob, beliau mungkin akan membuka restoran dan dan orang ramai berpeluang melihatnya dalam suasana berbeza.
Dalam nada berseloroh beliau berkata:
“Nanti mungkin orang nampak saya pakai kain pelikat dan baju pagoda sambil menebar roti canai.”
Sementara itu, pada majlis yang sama, Ayob Khan berkata, ancaman daripada unsur militan dan ekstremis tidak akan pernah lenyap kerana mereka sentiasa berevolusi dengan menggunakan pendekatan serta teknik baharu untuk merekrut ahli.
Antara kaedah merekrut yang dilakukan kumpulan ekstremis ialah termasuk menggunakan permainan video pelbagai pemain.
“Dulu perekrutan dibuat secara bersemuka, tetapi kini semuanya dilakukan secara dalam talian. Mereka menggunakan permainan video seperti Roblox untuk mendekati ahli baharu, selain pelbagai kaedah lain,’’ katanya. – 23 Julai, 2026

No comments:
Post a Comment