Monday, January 12, 2026
PERHIMPUNAN TITANIC 2026
Hari ini ringkas sajalah.
Sebenarnya pilihan bagi UMNO yang paling mudah dan juga akan paling membawa perubahan positif adalah ganti saja barisan pimpinan. Mereka sudah gagal. Proven sudah gagal.
- 2008 hilang 2/3 majoriti di Parlimen.
- 2018 ditendang keluar, mantan presiden masuk penjara
- 2022 UMNO ditendang lagi jauh ke laut (26 kerusi saja).
- 2023 UMNO kena terajang lagi di PRN ENAM negeri.
- ZERO kerusi di dua negeri.
- November 2025 kena terajang lagi di PRN Sabah.
Jelas dan proven pimpinan parti sudah gagal. Patut pimpinan parti tarik diri saja (serupa Najib 'bersara' pada 2018). Tapi sejak Jun 2018 pimpinan parti terpaksa bertarung mainan 'Ride The Tiger' pula.
Pegang kuat-kuat Wak.
Anehnya walaupun gagal, barisan pimpinan masih kekal sebab tiga juta ahli parti tidak berdaya menukar pimpinan. Weak party members memberi kekuatan kepada pimpinan.
Jadi mereka sambung jadi hero mainkan isu stokin bertulis, sekolah Cina dan yang latest kandang babi. Tapi di negeri UMNO stronghold seperti Johor, Pahang, Melaka kandang babi bukan isu pun. Di Selangor pula (isu kandang babi jadi besar) UMNO hanya pegang DUA kerusi DUN (daripada 56 kerusi DUN total). So how?
Hello braders, have you considered tukar saja nama parti - Parti Titanic.
Sekarang timbul cadangan Umno bergabung dengan Pas. Pas memang rasa 'berahi sudah naik'. Tak payah minum kopi jantan pun. Pelbagai jodoh mencari Pas.
Kenapa Pas? Pas adalah pintu belakang bagi UMNO bergabung dengan PN. Percayalah Pas tidak akan berpisah daripada PN. Bersatu and Pas are very close. I have inside information. Ingat lagi gambar ini:
Orang Bersatu yang 'bermasalah' dengan Pas adalah group tertentu saja. Pas dan Bersatu akan kekal dalam PN. Jadi kalau UMNO ingin bergabung dengan Pas maksud sebenarnya akan diadakan connection UMNO-PAS-Bersatu.
Yang menjadi 'strength' dalam PN sekarang adalah kerjasama Bersatu dan Pas. Jika UMNO ingin 'bergabung' dengan Pas-Bersatu maksudnya UMNO akan terpaksa main watak 'spare tyre'. UMNO akan menjadi junior partner, "dibenarkan" bertanding empat atau lima kerusi saja, serupa MIC dan MCA dalam BN.
- WHY?
- Sebab UMNO sudah gagal.
- Tinggal 26 kerusi saja di Parlimen.
- Menang DUA kerusi DUN di Selangor.
- ZERO kerusi DUN di Terengganu dan Kedah.
- Di Sabah pun UMNO kena terajang
- Dan pimpinan parti yang 'Riding The Tiger' itu adalah liabiliti besar.
Soalannya yang lebih besar adalah apakah Pas-Bersatu akan sudi terima UMNO sebagai 'coalition partner'? Bersatu dan Pas, secara asing pun, mampu menang semua 26 kerusi Parlimen yang masih dipegang oleh UMNO. This is not impossible.
It is also possible kalau UMNO bergabung dengan Pas, kedua parti itu akan kehilangan undi.
CONCLUSION: UMNO punya masalah adalah pelbagai. Parti itu sudah jauh sesat dan hilang di belakang bukit berhantu.
Tetapi rakan politiknya PH (terutama sekali PKR) juga sudah lemas di tepi pantai tempat anak-anak main dengan ombak. Percayalah kita bakal menyaksikan seorang 'mantan' PM kalah kerusi Parlimen dan tidak boleh menjadi PM. But before that they dont know dia boleh bertanding di kerusi yang mana satu? DAP tidak ada influence di Beijing North atau Shanghai East. Dia nak jadi calon di mana?
Balik kepada parti UMNO - the solution is simple. Tukar saja pimpinan. Tukar semua dasar 50 tahun sudah yang sudah proven gagal. SUDAH PROVEN FAIL. FAIL. FAIL.




No comments:
Post a Comment