Saturday, November 25, 2023

Muhyiddin undur: Siapa calon PM dari PN, apa nasib Peja


FMT:

Muhyiddin undur: Siapa calon PM dari PN, apa nasib Peja



Tumpuan kini beralih kepada pemilihan Bersatu tahun depan berhubung pengganti Muhyiddin Yassin.



Penganalisis melihat Hamzah Zainudin, Ahmad Faizal Azumu, dan Radzi Jidin antara nama utama berpeluang menggantikan tempat Muhyiddin Yassin.


kt kata: Jangan lupa MaCik Ass-Binte 😁😅😆😂😈


PETALING JAYA: Siapa calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) dan masa depan Ahmad Faizal Azumu dalam Bersatu, antara 1001 persoalan timbul selepas Muhyiddin Yassin berhasrat tidak mempertahankan kedudukan presiden.

Penganalisis politik berpendapat pengumuman dibuat dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) semalam sesuatu yang mengejutkan dan tumpuan kini beralih kepada pemilihan Bersatu, dijangka sebelum penghujung tahun depan.

“Kerusi ini menjadi menjadi refleksi tokoh yang akan mengemudi PN serta menjadi calon PM bagi gabungannya,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar kepada FMT.

Muhyiddin menjadi “poster boy” untuk PN yang turut dianggotai PAS dan Gerakan, pengerusi gabungan itu turut dicalonkan sebagai perdana menteri ketika itu apabila Parlimen tergantung.

Namun, Anwar Ibrahim dilantik mengetuai Putrajaya dengan sokongan Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah, Gabungan Parti Sarawak, Warisan dan beberapa parti lain.

Pengunduran Muhyiddin itu jika menjadi realiti kata Hisommudin juga dilihat bakal memberi kesan masa depan Faizal atau Peja dalam Bersatu, memandangkan bekas menteri besar Perak itu dilihat kurang dominan dan tidak berpengaruh di peringkat pusat.

Faizal gagal mengekalkan kemenangannya di Tambun apabila tewas kepada Anwar pada PRU lepas.

“Peja, walaupun sekarang menyandang timbalan presiden tetapi kepimpinannya tak menonjol malah beliau bukan Ahli Parlimen berbanding (Setiausaha Agung) Hamzah Zainudin dan (Naib Presiden) Radzi Jidin.

“Tugas beliau memimpin strategi pilihan raya di Negeri Sembilan juga tidak berjaya,” kata Hisommudin, yang berpendapat Hamzah calon “terbaik” sekiranya berlaku perubahan tampuk kepimpinan Bersatu.

“Hamzah atas kapasiti ketua pembangkang dan kedudukan dalam PN, mempunyai peluang lebih baik namun terpulang kepada ahli Bersatu untuk menilainya.”

Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia pula melihat pengunduran Muhyiddin akan memberi kesan kepada Bersatu dan PN.

“Bersatu masih perlu beliau, Muhyiddin sangat dominan kerana kekuatan mereka selama ini adalah Muhyiddin.

“Jika beliau tidak lagi memimpin mungkin PN tak lagi kuat seperti sekarang,” katanya merujuk kepada 74 kerusi dimenangi gabungan itu pada PRU15.

Pendapat Mazlan itu disokong Hisommudin yang menyifatkan pengaruh Muhyiddin sangat besar dalam meraih sokongan pengundi Melayu kerana ketokohannya.

“Mengekalkan aras sokongan dalam keadaan PN di blok pembangkang adalah cabaran terbesar. Sebarang elemen melemahkan kekuatan antara Bersatu dan PAS perlu dielakkan,” katanya.


1 comment:

  1. At the rate the Anwar Madani Regime is failing, Moo will be needed to take over very soon.

    ReplyDelete