Friday, July 11, 2025

Perpaduan Melayu, perpaduan Cina


FMT:

Perpaduan Melayu, perpaduan Cina



Saya tidak pernah dengar laungan 'ayuh Cina bersatu!'. Adakah mereka tidak 'subscribe to' bersatu teguh bercerai roboh?





Kalau ada sesuatu bangsa atau kaum yang wajar bercakap mengenai perpaduan kaum saya kira mereka tentulah masyarakat Cina, sebab mereka bukan bangsa majoriti di negara ini lantas perlu bersatu untuk menjaga diri sendiri.

Tetapi orang Cina di Malaysia tidak bercakap pasal perpaduan Cina. Sebaliknya orang Melayu pula yang gemar bercakap mengenai perpaduan Melayu, berulang ulang kali meskipun Melayu majoriti. Okeylah, kesimpulannya sang politikus Melayu yang cinta bercakap mengenai perpaduan Melayu. Sang politikus Cina tak cinta ke?

DAP dan MCA, dua parti Cina yang punya sejarah panjang dalam arena politik tanah air, umum tahu bermusuhan sejak penubuhan mereka. Pertelingkahan atau mungkin istilah lebih tepat pergaduhan antara mereka amat sengit. Boleh dirumuskan mereka saling membenci.

Parti Gerakan, yang ditubuhkan sebagai parti berbilang kaum turut masuk campur dalam ‘perang antara Cina’ ini, sebab majoriti anggotanya terdiri daripada orang Cina. Lihatlah pertikaman lidah antara DAP, MCA, dan Gerakan. ‘Simply put there is no love lost between them’.

Kalau bergaduh tentulah tidak ada siapa yang bercakap mengenai perpaduan malah tidak ada usaha pun yang dijalankan untuk menjalin perpaduan. Yang diperkatakan perpaduan dalam kalangan anggota parti yakni perpaduan dalam parti masing-masing.

Tidak ditimbulkan soal ‘ancaman’ terhadap masyarakat Cina seperti ‘ancaman’ terhadap orang Melayu yang selalu dibangkitkan parti Melayu. Bagaimanapun tidak dinafikan masing-masing mengaku mereka parti terbaik untuk menjaga kepentingan Cina.

Tidak ada memomok-momok bangsa sendiri, tidak ada menakut-nakutkan kononnya bangsa Cina akan hilang — laungan kegemaran parti Melayu kononnya bangsa Melayu akan hilang di tanah air sendiri, malah Islam pun dakwa mereka akan lenyap atau dilenyapkan.

Menurut saya MCA dan DAP bergaduh sekian lama menunjukkan Cina tidak bersatu. Tiada perpaduan Cina. Apa pun masyarakat Cina tidak terkesan dengan tiadanya ‘perpaduan’. Orang Cina yang bukan orang politik tidak berkelahi sesama sendiri; mereka yang belajar terus belajar, dan yang berniaga terus berniaga.

Saya ajukan kepada seorang kawan Cina: “So no big deal lah this unity thing. Malay talk about so called unity just a lot of nonsense?”

Jawabnya setuju.

Oleh itu adakah masyarakat Cina tidak menghargai perpaduan sebangsa? Adakah mereka tidak subscribe to bersatu teguh bercerai roboh? I don’t know about you tapi saya tidak pernah dengar laungan ‘ayuh Cina bersatu!’. Mungkin ada dalam kalangan orang Melayu yang syak soal perpaduan Cina dibincangkan secara tertutup. Wallahuaklam.

Apa pun kata seorang lagi kawan Cina: “Malaysian Chinese are not without calls for ‘unity’ but this unity is more often expressed at cultural and community level rather than in fully unified political demands.”

Ini kata beliau ialah kerana kepelbagaian budaya dan masyarakat berdasarkan banyak kumpulan dialek contohnya Teochew, Hakka, Kantonis dan lain-lain. Kepelbagaian ini membuatkan usaha menerbitkan suara politik yang senada dan seragam lebih kompleks. Di samping itu perbezaan status ekonomi dan sosial mempengaruhi pandangan dan tuntutan politik.

Juga masyarakat Cina mendekati politik dengan bermacam cara iaitu menyokong parti politik tertentu atau bergerak aktif dalam masyarakat sivil menerusi persatuan dan pertubuhan.

Kata kawan saya, oleh kerana lanskap politik Malaysia sememangnya complicated dengan bangsa dan agama main peranan penting, anggota masyarakat Cina berbeza pendapat bagaimana ‘to navigate this environment’. Selain itu menurut si kawan ini definisi ‘perpaduan’ itu sendiri berbeza-beza dalam kalangan orang Cina: “Some believe it should be political alignment others see it as mutual help and cooperation on cultural and community levels.”

Berkata pula seorang kawan, juga berbangsa Cina, beliau berasa sedih. Pertama mengenai MCA dan DAP. Oleh kerana mereka sudah bermusuh bertahun tahun lamanya bagaimana mereka boleh ketepikan perbezaan dan perselisihan untuk secara rasional berganding bahu bagi mempertahankan kepentingan masyarakat Cina. Turut buat sedih ialah bila orang Cina bercakap pasal perpaduan, orang Melayu melihatnya sebagai ancaman.

Seperti dikatakan tadi saya secara peribadi tidak pernah dengar ‘Chinese call for unity’ yang kawan saya kata itu. Tetapi saya setuju jika ia dilakukan, orang Melayu yang suka cakap Melayu mesti bersatu akan menyifatkan seruan itu sebagai ancaman, dan akan menggunakan itu sebagai alasan untuk menyuarakan retorik mereka dengan lebih kuat.

Mengapa sang politikus Melayu cukup suka mengapi-api soal perpaduan kita semua sudah tahu. Bak kata Mohamad Sabu si presiden Amanah: “Bila kalah pilihan raya cakap pasal Melayu terancam, mesti bersatu.”

Awal bulan lalu, P Ramasamy, bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang yang sekarang presiden Urimal, tampil mencadangkan masyarakat bukan Melayu mempertimbangkan pembentukan satu ‘payung politik’ baharu bagi mempertahankan hak serta kepentingan mereka yang beliau dakwa sudah terhakis.

Sejak cadangan itu beliau lontarkan 4 Jun lalu sehingga kini tiada parti atau kumpulan bukan Melayu yang menyambutnya. ‘No takers’.


***


kt ulas:

Kaum Cina berminat dalam 3 hal saje:

(a) Pendidekan (terutama untuk kanak2 mereka),

(b) Berniaga (untuk 3 mangkok nasi setiap orang),

(c) Mercun (pada waktu Tahun Baru Cina) 😂😂😂



... dan khas untuk anak2 Cina Pulau Pinang, yang ke-4 mereka berminat ialah Char-Koay-Teow, wakakaka:


Char Kuey Teow


2 comments:

  1. Kaum Isaac juga tidak mintak manyak, cuma:

    # 0.001 peratus tanah Timur Tengah
    # negeri jiran semua terima kaum Isaac,
    # tak mau berperang atau bergaduh

    Itu saja. Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh punya otak!

      * Kaum Yehudi TAK ADA apax2 ham untuk memintak apa bilangan tanah diTimur Tengah.

      * semua negeri jiran semua TAK setuju menerima kaum Yehudi.

      Mfer, terus mimpi kawx2lah.

      Delete