Saturday, June 03, 2023

Negeri hilang hasil, Kedah tuntut bayaran khas RM270 juta


FMT:

Negeri hilang hasil, Kedah tuntut bayaran khas RM270 juta


Sanusi Md Nor berkata pampasan itu tidak seberapa berbanding kerugian akibat kehilangan hasil kerana memelihara hutan dan mengekal kawasan padi.



Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, berkata negeri itu membekalkan 43% beras negara, namun kehilangan hasil premium untuk pendapatan susulan kawasan padi dikekal.(Gambar Bernama)


ALOR SETAR: Kedah mahu kerajaan persekutuan membuat bayaran khas RM270 juta setahun bagi tujuan memelihara hutan simpan dan mengekalkan sawah padi di negeri ini.

Sanusi berkata, Kedah tidak dapat menjana pendapatan dengan memulihara hutan Ulu Muda seluas 341,000 hektar, yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air penting bagi Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, perkara sama berlaku di kawasan sawah padi di negeri ini, di mana katanya, ia bertanggungjawab membekalkan 43% daripada permintaan beras negara dan tidak boleh digunakan semula, sekali gus menafikan Kedah memperoleh premium tanah lebih tinggi.

“Sawah padi kita tidak boleh diubah menjadi zon perindustrian yang boleh memberi pulangan lebih besar. Ini menunjukkan pengorbanan yang besar kita kepada negara.

“Walaupun kami mempunyai banyak rancangan untuk membangunkan dan memperbaiki kehidupan rakyat Kedah, kami tidak dapat berbuat demikian. Mereka (kerajaan) mendakwa ia adalah kewajipan sosial rakyat Kedah untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.

“Justeru, Kedah menduduki tempat kedua dari segi kemiskinan negara, berdasarkan pendapatan per kapita,” katanya pada perasmian acara petani di Alor Setar.

Sanusi menyatakan RM270 juta itu boleh disediakan sebahagiannya sebagai pembayaran khas, yang akan memberi manfaat kepada petani.

“Kami telah membentangkan formula khas untuk mengira ini, tetapi kami masih belum menerima maklum balas.

“Kita minta RM100 juta untuk hutan simpan dan RM170 juta untuk sawah. Ia bukanlah satu jumlah yang besar memandangkan pampasan yang tidak seberapa yang diterima kami sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Sanusi telah meminta insentif bagi menghalang kawasan sawah padi daripada diwartakan sebagai zon komersial.

Jika ditukar, negeri boleh memperoleh RM1.7 bilion cukai berkaitan tanah daripada 222 hektar sawah, katanya di DUN pada 2021. Beliau juga meminta geran RM100 juta untuk menjaga 107,000 hektar hutan tadahan air.

Pada 2020, Sanusi memberi amaran bahawa negeri akan terpaksa membayar pampasan RM1.5 bilion kepada pemegang konsesi sekiranya hak pembalakan mereka di hutan simpan Ulu Muda ditarik balik.

Dalam pada itu, menurut Sinar Harian, Sanusi berkata, beliau sedia ke mahkamah berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah.

Katanya, beliau juga bersedia disiasat polis kerana mendakwa pihaknya mempunyai banyak ‘sandaran’ mengenai perkara itu.


No comments:

Post a Comment