Saturday, November 30, 2019

Cina terbunuh PKM, keturunan mereka 'dah ampun PKM


Malaysia-Today:


Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Ismaweb



Pada 12 Julai 1973 kira-kira jam 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah seorang pegawai polis bernama ASP Chin Chin Kooi di Serdang, Kedah.

Kesemua mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Chin Kooi hingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir – di depan keluarganya sendiri!

Dosa Chin Kooi di mata komunis adalah kerana pegawai polis itu amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya dalam ‘Gerakan Sedar’ di negeri itu.

Kegigihan dan kesungguhan Chin Kooi yang berjaya memusnahkan beberapa tempat persembunyian anggota PKM di kawasan Serdang dan Hutan Relau telah menyebabkan kumpulan itu nekad untuk mengakhiri riwayatnya.

Tiga bulan selepas itu, Detektif Sarjan Chong Kek Oh pula ditembak oleh anggota-anggota PKM di Sungai Siput, Perak. Tahun yang sama juga menyaksikan mereka menembak mati Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon di Kuala Lumpur.

Pada 3 Januari 1974, PKM bertindak membunuh Detektif Konstabel Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. Empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua mati ditembak di Chemor, Perak.

Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pula telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

Ini hanyalah secebis kisah bagaimana pegawai dan anggota polis berketurunan Cina yang mati dibunuh oleh PKM, itu belum dicampur daripada pasukan tentera.

Namun, kita semalam dikejutkan dengan berita di mana lebih 150 orang yang hampir kesemuanya berketurunan Tionghua, dengan bangganya telah membawa balik abu mayat bekas setiausaha agung PKM, Chin Peng dari Thailand sebelum menaburnya ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.

Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook berkata, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa.

Bagi memenuhi hasrat terakhir Chin Peng, kumpulan itu membawa abu mayatnya melalui tempat asalnya di Sitiawan dan kubur ibu bapanya di Lumut sebelum menabur abu tersebut di laut dan hutan.

“Biarlah dia kembali ke laut dan gunung di tanah airnya, biarlah dia selamanya dengan kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini,” kata Kan Fook.

Begitu bangga nampaknya Kan Fook bercerita tentang kejayaan ‘mengembalikan’ abu mayat Chin Peng ini.

Namun sedar tak Kan Fook dan rakan-rakannya itu, bangsa merekalah antara yang paling ramai dibunuh oleh PKM waktu pengganas-pengganas itu bermaharajalela!

Kalau dilihat pada sejarah ketika era Perang Dunia Kedua, kebanyakan kaum Cina di Tanah Melayu mendiami pinggir hutan bagi melarikan diri daripada pemerintahan Jepun yang kejam terhadap mereka.

PKM yang banyak bergerak di kawasan hutan tidak teragak-agak menyeksa dan membunuh kaum ini yang enggan membantu atau membekalkan maklumat serta makanan pada mereka.

Justeru, tidak hairanlah keganasan komunis pada darurat pertama (1948-1960) banyak direkodkan di negeri yang mempunyai populasi Cina teramai seperti Perak, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berbanding di negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

Kekejaman tidak berperikemanusiaan PKM terhadap kaum Cina ini direkodkan pasukan keselamatan dan disaksikan pekerja estet. Kaum Cina diseksa akibat enggan bekerjasama malah penyeksaan lebih teruk dibuat kepada mereka yang secara terang-terangan menentang perjuangan PKM seperti guru, profesional dan ahli perniagaan.

Untuk rekod, sepanjang zaman darurat dari 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960, sejumlah 2,473 orang awam dibunuh oleh komunis dan 1,385 orang dicederakan.

Di pihak pasukan keselamatan pula, sejumlah 1,865 nyawa terkorban dan 2,560 orang dicederakan. Justeru, kita hairan bagaimana ada orang Cina seperti Kan Fook dan rakan-rakannya boleh bertindak sebegitu ‘mulia’ untuk membawa balik abu lelaki yang pernah mengotorkan tangannya dengan darah orang-orang bangsanya sendiri.

Apapun kita jangan terperangkap dengan permainan sebegini. Jangan hanya kerana kebiadapan Kan Fook dan rakan-rakannya telah menyebabkan kita sewenang-wenangnya menuduh orang-orang Cina lain juga bersekongkol dengan mereka.

Ini kerana majoriti orang Cina masih menolak fahaman komunis dan kita percaya sentimen itu akan kekal sampai bila-bila.

Cuma kita jangan sama sekali terleka kerana senjata utama komunis ketika ini bukan terletak pada senjata, tetapi pada pemikiran dan dakyah-dakyah yang disampaikan secara ‘halus’ apatah lagi dalam era segalanya di hujung jari ini.

Ingat, dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh komunis, memecahbelahkan perpaduan yang kita ada juga merupakan ramuan dan resipi mereka.

Tiada yang lebih menggembirakan PKM selain melihat kita sesama kaum mencurigai antara satu sama lain.

Bagi mereka, matlamat akan menghalalkan segala cara. Di akhirnya, PKM hanya letak senjata – tetapi tidak pada cita-cita! Maaf hanya untuk renungan kita rakyat Malaysia yang bersatu daripada pelbagai kaum dan budaya.

Prof Datuk Dr Ramlah Adam

Pakar sejarah


Rakyat Malaysia keturunan Cina termasuk gabungan mereka yang mempunyai ahli2 keluarga dan saudara3 terbunuh PKM, telah mengampun PKM, saperti rakyat Malaysia keturunan Melayu pun mengampun Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Syed Hamid Ali, CD Abdullah dan lain2 bekas ahli PKM dari kaum Melayu.


Ini nilai dan perikemanusiaan wajar bagi kita rakyat Malaysia yang sanggup mengampun ahli2 PKM yang sudi setuju hidup secara aman dan damai sejak menandatangani Persetujuan Peace Accord Hat Yai pada tahun 1989, saperti yang kita mengampun juga orang negara2 Jepun, Britain, Belanda dan Portugal, bahkan mereka yang telah meninggal dunia ini.

Oh, jangan lupa juga Muhammad (Mat) Indera, seorang tokoh PKM yang menyerang balai polis di Bukit Kepong pada 28 Feb 1950 and membunuh hampir segala ahli polis disana.

Dipenyerangan tersebut, seorang ahli polis dibalai yang terkorban adalah Koh Ah Cheng. Perlu kah rakyat Cina benci juga Mat Indera walaupun arwah Mat Indera 'dah tergantung mati olih pihak British pada tahun 1953. Sebaliknya, al Fatihah allahyarhum Mat Indera.

Kebetulan Mat Sabu (Menteri Pertahanan sekarang), pada 21 Ogos 2011 pun menyebut Mat Indera bukanlah terrorist tetapi seorang pahlawan nasional Malaya. Adakah Mat Sabu biadab saperti Kan Fook dan rakan-rakannya?



Dan bagaimana dengan Yazid Sufaat?



6 comments:

  1. Rakyat Malaysia bangsa Cina dan India sudah ampun Toonsie 1.0. Semua kesalahan waktu Toonsie 1.0 bermaharajalela sudah maaf dan lupa (forgive and forget). Rakyat lantik beliau jadi PM7 pada GE14.

    KT boleh ampun Chin Peng tapi tak boleh ampun Toonsie. Hati dengki dan busuk (?) ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Dah jelas sekarang bahwa ampunan kaum Cina atas kesalahan2 + dosa2 Mahathir adalah langkah yang salah, and ditarik-balik, saperti yang di tunjukkan di PRK Tg Piai kaukau, wakakaka

      Chin Peng ta'berubah selepas Hat Yai 1989 tetapi Mahathir masih bertindak macam PM dari masa 1981 - 2003

      Delete
    2. Ya, Chin Peng memang tak berubah. Beliau tanda tangan Hatyai kerana tak ada supporters lagi. PRC juga dah abaikan CPM.
      Give up fighting the cause tapi hati-nya masih komunis.

      KT pula masih rindu Jibby, mahu perlantikan Toonsie 2.0 ditarik balik. Macam Cher nyani lagu "If I Could Turn Back Time". Ha ha ha.

      Rakyat pandai, mereka tahu keputusan Tg Piai tak ada efek pada DAP, masih 42, hanya mahu ajar Toonsie dan Bersatu, sudah kurang satu. Happy happy.

      Delete
    3. wah, bagitu pandai cerita - mungkin tahun depan dapat Man Booker Prize? Wakakaka

      Delete
    4. These MCP haters, either r blurred, one-sided indoctrinated, r just behaving like those current HK 废青!

      Unwilling to see the whole picture from both angles, deeply biased towards an ideology that has been singularly isolated & classified as evil by the demoncratic west.

      There were/r no collateral damages! Every atrocities were done by the losing sides as penned by the winners.

      Man Booker Prize?

      Wakakakakaka… unfortunately their imagination is fadering by the self-righteousness farts of inconsequential!

      Delete
  2. It's all about colour bro....Only soluton is God must make all human colour blind, than everything will be solved....he..he..he..

    ReplyDelete