‘Susah terima ‘robot’
kepada ayah’, Puad tolak
Mukhriz masuk Umno
Puad Zarkashi berkata Mukhriz Mahathir malu kembali kepada Umno kerana nasib Pejuang ditubuhkannya sudah hampir pupus.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Puad Zarkashi berkata alasan Mukhriz enggan kembali ke pangkuan Umno kerana wujud perbincangan untuk membebaskan bekas perdana menteri Najib Razak daripada penjara, sebagai hujah dangkal.
“Sebenarnya Mukhriz malu balik kepada Umno bukan kerana perjuangan tetapi Pejuang sendiri sudah hampir pupus, malah ayahnya (Dr Mahathir Mohamad) sendiri tidak percaya dan meninggalkan parti ditubuhkan.
katanya kepada FMT.Pejuang berusaha untuk menempek dengan Perikatan Nasional (PN) tetapi saya yakin PN akan tolak…terima mereka bermakna PN memikul biawak hidup,
Pada Umno menerima Mukhriz tidak menambah apa-apa, bahkan memberi imej buruk khususnya di Kedah. Susah terima pemimpin jadi robot kepada ayahnya.
Puad yang juga Adun Rengit secara berseloroh berkata bekas menteri besar Kedah itu boleh kekal relevan dengan menggantikan Mahathir sebagai penasihat empat negeri ditadbir PAS (SG4).
Sabtu lalu, Mukhriz menegaskan beliau tidak akan kembali ke pangkuan Umno walaupun Zahid Hamidi tidak lagi mengetuai parti terbabit.
Pada 24 Jun 2016, Mukhriz bersama Muhyiddin Yassin dipecat daripada Umno atas kesalahan disiplin dengan berkempen di pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti.
Razlan Rafii yang juga ahli MKT berkata Umno tidak memerlukan individu yang berjuang semata-mata untuk kepentingan peribadi, dan pada masa sama menikam parti dari dalam.
Mukhriz boleh saja duduk di luar, dan kita tak perlu ada individu seperti dia yang duduk dalam parti ini dan lebih parah lagi bila menikam dari dalam.
Menyifatkan Mukhriz mewarisi legasi Mahathir yang berpolitik atas kepentingan diri dan keluarga, Razlan berkata Umno bergerak secara organisasi dan tidak akan terkesan dengan ‘dalil’ mana-mana pemimpin yang ingin mengharamkan parti itu.
“Legasi Mahathir sama dengan Mukhriz, mereka tidak akan berpuas hati sekiranya keputusan yang mereka nak buat tidak diambil peduli.
katanya.Mereka boleh mengharamkan Umno dan mereka juga boleh keluar Umno jika tak puas hati dengan seseorang tetapi perjuangan Umno kita bergerak secara organisasi,
Macam Mahathir, bila dia tubuhkan Bersatu dia ingat dia punya… Mukhriz pun ingat Pejuang dia punya, Umno bukan milik keluarga, jadi eloklah dia buat parti dengan keluarga sendiri.
No comments:
Post a Comment