Thursday, July 23, 2020

Mahathir offered position of Senior Advisor to PN govt

Malaysia Gazette:

Tun M pernah ditawarkan jawatan penasihat kerajaan – Zuraida


Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin beramah mesra bersama murid selepas membuat lawatan ke sekitar bangunan sekolah ketika hadir Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran, Ampang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 22 JULAI 2020 

AMPANG – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pernah menawarkan jawatan penasihat dan menteri kanan kerajaan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, tawaran kepada bekas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dibuat di peringkat awal penubuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kerajaan Perikatan Nasional daripada awal memujuk Dr Mahathir sehingga sekarang untuk bersama blok kita untuk jadi menteri kanan kepada kerajaan yang ada.

“Dan juga kerajaan PN maklum tentang Dr Mahathir yang sangat komited tentang APEC dan sebelum pendemik Covid-19 kita kata Dr Mahathir boleh memberi laluan kepada beliau untuk memimpin persidangan itu.

“Tapi APEC sudah dibuat dalam persidangan maya jadi ia tidak berbangkit lagi.

“Kita memang berjumpa dengan Dr Mahathir untuk bersama kita sebagai penasihat dan menteri kanan kepada kerajaan,” katanya dalam sidang media selepas lawatan turun padang ke Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran, hari ini.

Turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha.


Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bercakap dengan media selepas membuat lawatan ke sekitar bangunan sekolah ketika hadir Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran, Ampang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 22 JULAI 2020 


Ditanya mengenai reaksi Dr Mahathir, Zuraida berkata: ‘Itu kena tanya Tun Dr Mahathir Mohamad.”

Dr Mahathir kini berada di blok pembangkang bersama empat lagi Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang digugurkan pada 10 Julai lalu.

Selain Dr Mahathir selaku Ahli Parlimen Langkawi, lima Ahli Parlimen lain ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah serta Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Salleh.

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang dimulakan di peringkat pegawai kanan telah diadakan secara maya dengan Malaysia bertindak sebagai pengerusi pada 28 Mei lalu.

Mesyuarat Pegawai Kanan Luar Biasa Secara Maya (VESOM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) kali pertama selama empat jam mulai jam 7 malam waktu Malaysia itu diadakan bagi membincangkan pandemik Covid-19.

Mesyuarat yang disertai kesemua 21 ekonomi APEC daripada lapan zon waktu yang berbeza itu berlangsung menerusi platform maya tunggal. – MalaysiaGazette


1 comment:

  1. lol, once revere now taking the mickey and taking the piss out of the old man and rubbing it in at the same time, to kt, obviously she is of great character wakakaka, take away the bone throw the dog a piece of scrap

    ReplyDelete