Monday, June 30, 2025

Dipecat UiTM kes gangguan seksual, pensyarah ‘buat hal’ lagi


FMT:

Dipecat UiTM kes gangguan seksual, pensyarah ‘buat hal’ lagi


3 hours ago
Zeanaaima Mohd Yusof

Pensyarah berusia 52 tahun didakwa kali kedua atas tuduhan gangguan seksual terhadap pelajar


Kes terbongkar apabila mangsa berusia 21 tahun menerusi media sosialnya menceritakan bagaimana dia diminta hadir ke bilik pensyarah tersebut pada 23 April lalu. (Gambar fail)



PETALING JAYA: Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa kerana melakukan gangguan seksual pada 2024, sekali lagi berdepan tuduhan sama membabitkan pelajar sebuah kolej di Negeri Sembilan Mei lalu.

Sumber memberitahu FMT, kali ini lelaki berusia 52 tahun itu didakwa atas tuduhan serangan seksual secara lisan dengan niat mencabul kehormatan seseorang di sebuah kolej swasta di Nilai.

Tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 21 Mei mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, dan digantung tugas hingga semalam.


Pegawai Penyiasat IPD Nilai, Hamimi Ramli, mengesahkan perkara itu kepada FMT dan memaklumkan sedang menunggu arahan lanjut daripada mahkamah.

“Orang kena tuduh (OKT) mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM3,000. Sekarang dalam proses serahan dokumen dan lantikan peguam bagi tertuduh,” katanya ketika dihubungi.


Kes itu terbongkar apabila mangsa berusia 21 tahun menerusi media sosialnya menceritakan bagaimana dia diminta hadir ke bilik pensyarah tersebut atas urusan pembelajaran pada 23 April lalu.

Namun, lelaki tersebut bercakap mengenai seks dan mahu pelajar pengurusan perniagaan itu menaip sesuatu perkataan di komputer ribanya untuk mencari imej berkaitan.

Mangsa yang ketakutan menghantar mesej kepada rakannya untuk meminta bantuan, dan membuat aduan kepada pihak pengurusan kolej serta laporan polis.

UiTM menamatkan perkhidmatan pensyarah itu susulan laporan FMT dua tahun lalu, selepas berdepan tuduhan gangguan seksual apabila meminta pelajar wanita menjawab soalan kaji selidik ‘melampau’ menerusi panggilan telefon.


Dia kemudian didakwa di Mahkamah Sesyen Tangkak pada Mac 2024 dan perbicaraan masih berlangsung sehingga kini.


No comments:

Post a Comment