Saturday, January 02, 2016

Lu tolong wa, wa tolong lu

From FMT

Dakwaan Zuhdi terhadap DAP cerita lama UMNO

 | January 2, 2016
Ia merupakan cerita lama UMNO sebelum PRU-13 tetapi senyap selepas pilihanraya itu.
Raja-Bahrin

PETALING JAYA : Dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki sekiranya DAP berjaya menawan Putrajaya, mereka akan membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini adalah cerrita jajaan UMNO yang sudah lapuk.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah berkata, ia merupakan cerita lama UMNO yang tersebar sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi senyap selepas itu.

“Apakah Zuhdi telah ketandusan idea dan diberi pinjam idea itu oleh UMNO? Maklumlah ini zaman era baru kerjasama ‘you help me i help you’.

“Atau adakah Zuhdi diarahkan oleh UMNO? Dia merupakan insan yang sangat bertuah kerana walaupun bertahun-tahun menjadi Pengarah Strategi Pas, dia masih diboleh mengajar di universiti kerajaan UMNO.

“Sangat istimewa kedudukannya. Seperti dikatakan oleh Datuk (Seri) Najib (Tun Razak) dahulu, ‘you help me, i help you,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Raja Kamarul Bahrin yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu turut meminta pandangan Zuhdi mengenai keistimewaan syarikat negara China yang dibenarkan memiliki 100 peratus Stesen Tenaga Elektrik Strategik Negara walaupun bertentangan dengan amalan keselamatan negara.

Menurutnya, syarikat negara China juga dibenarkan memiliki tanah strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.

“Bukankah pihak UMNO dan ultra Melayu sahabat Zuhdi begitu bersangka buruk kepada Cina rakyat Malaysia sendiri sehingga berbagai tuduhan dikeluarkan?

“Kenapa mesti ‘double’ ini?

“Kenapa buruk sangka kepada Cina tempatan rakyat Malaysia dan baik sangka dengan Cina Negara Komunis?,” tanya beliau.

Dr Mohd Zuhdi baru-baru ini mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi PRU-13.

Antara syarat tawaran berkenaan dikatakan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.

4 comments:

  1. military base ke naval base? mana satu yang betul ni kt?

    yang kedua, berhubung dengan pelaburan asing boleh tak raja kamarul bahrin tolong cerita sikit tentang pembelian hartanah di pulau pinang oleh jabil circuit dan juga pembelian/pelaburan saham sebanyak 49 peratus oleh temasik, yang telah diumumkan oleh pdc baru baru ini?

    ReplyDelete
  2. Wow... applause.. clap clap.. The architect who broke the law and now becomes a law maker speaks man! My advise to Raja Kamarul Bahrin would be - since you have got the experience, you should teach/help Indira Ghandi to break the law in order for her to be with her daughter. And for that action/assistance if you Raja Kamarul Bahrin goes to jail, you are indeed an awesome law maker. There is no need for you to talk about G17 or 1MDB.

    ReplyDelete
  3. Bruno will not be able to comment until someone translates this post to English. Uncle, u want me to contact Ali Tinju for u? Hehehe.

    ReplyDelete
  4. tokio rain,my lad.It is okay.I will wait for Kaytee's next posting.Taking a holiday break and saving my energy for the New Year.For the knockout punch for Ali Tinju,Ikan Bakar Jamal and Ismail Sabri.

    Also waiting patiently for the twitter happy IGP to send Tony Pua,Rafizi and the media tycoons to join Anwar in permanent residency at Hilton,Sungei Buloh.Courtesy of the Malaysian taxpayers,of course.Hehehe.

    ReplyDelete