Friday, September 15, 2023
ARAB SAUDI BATAL ENAM MATAPELAJARAN AGAMA DI SEKOLAH DIGANTI SATU SAHAJA, GURU AGAMA PUN TINGGAL SEORANG SAJA DI SEKOLAH
Mengikut laporan berita berikut Arab Saudi telah batalkan kesemua ENAM matapelajaran agama dalam sistem persekolahan mereka. ENAM matapelajaran itu adalah Quran, Tajweed, Tawheed, Fiqh, Hadeeth dan Tafseer yang akan digantikan oleh satu matapelajaran sahaja ia itu Pengajian Islam.
Sistem sekolah Arab Saudi juga akan melantik hanya satu guru sekolah untuk mengajar matapelajaran Pengajian Islam dan tidak lagi mengambil ENAM guru agama yang berlainan untuk mengajar ENAM matapelajaran agama yang berasing.
Maka bukan sahaja sistem pendidikan Arab Saudi akan menjimatkan banyak masa dan jimat upah gaji bagi guru agama tetapi masa dalam kelas yang terjimat itu bakal diganti dengan matapelajaran lain seperti sains, matematik dan mataplejaran yang akan membantu generasi muda Arab Saudi lebih maju dalam kerjaya hidup.
No comments:
Post a Comment