
Dr M gesa pengundi Melayu pilih calon Melayu tak kira parti
Bekas perdana menteri berkata pilihan pengundi Melayu pada pilihan raya umum nanti akan memberi kesan besar terhadap masa depan negara

Dr Mahathir Mohamad berkata kepentingan orang Melayu akan hilang sekiranya kesetiaan orang Melayu diberikan kepada parti atau puak tertentu.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa pengundi Melayu mengutamakan calon Melayu pada PRU akan datang, tanpa mengira parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata pilihan pengundi Melayu pada pilihan raya itu akan memberi kesan besar terhadap masa depan negara.
“Kalau kita ingin negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu undilah calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau puak NGO.
“Siapa dianya calon Melayu. Itu akan diberitahu semasa PRU,” katanya menerusi surat terbuka di Threads.
Menerusi hantarannya juga, beliau berkata kepentingan orang Melayu akan hilang sekiranya kesetiaan orang Melayu diberikan kepada parti atau puak tertentu.
“Jika kesetiaan ini diberi kepada parti atau puak akan hilanglah Tanah Melayu.
“Tanpa Tanah Melayu akan hilanglah bangsa Melayu di dunia ini. Melayu akan jadi bangsa yang tidak mempunyai negara,” katanya.
***
After all these years, he's still unforgiving for whatever slight occurred to him during his university days in Singapore. His everlasting hatred, manifested in the usual ridiculous kerbau's, will outlive him.
No comments:
Post a Comment