Tuesday, November 5, 2024
ORANG MELAYU MESTI FAHAM - KERAJAAN SUDAH BANYAK KALI BERTUKAR TAPI NASIB TUAN-TUAN TIDAK BERUBAH. FAHAMI JUGA CONCESSION PERIOD
Baru sekejap tadi saya bayar dua tol di highway. Tol pertama kurang RM3.00 dari Bangi ke Sg Besi. Tol kedua RM2.30 'intra-city toll' dalam Kuala Lumpur.
Tol yang pertama itu sudah bermula sejak 1986. Ia itu 38 tahun sudah. Pada masa itu negara kita di bawah naungan kerajaan Barisan Nasional. Orang lain akan kata 'di bawah jajahan kerajaan Barisan Nasional'.
Tol jambatan pulau mutiara pula bermula sejak 1985 - ia itu 39 tahun dahulu. Kita boleh round up ke 40 tahun.
- Bilakah concession period atau tempoh konsesi bayaran tol ini akan berakhir?
- Percayalah tuan-tuan, bayaran tol ini tidak akan berakhir dalam hayat tuan-tuan.
- Not in your life time.
- Anak-anak kita dan cucu kita akan sambung bayar tol ini.
Tetapi kerajaan sudah berubah. Kita tidak lagi berada di bawah 'jajahan' atau 'naungan' Barisan Nasional. Selepas kerajaan BN jatuh pada 2018 kerajaan telah bertukar EMPAT KALI. Sekarang kita berada di bawah jajahan kerajaan lain pula. Tetapi kita kena juga bayar tol. Kerajaan bertukar tapi nasib tuan-tuan serupa juga. Tak ada beza pun.
Sampai bila agaknya kita kena bayar tol?
The Edge previously reported in May that the government is looking at extending the concession period for all highways in Peninsular Malaysia to avoid toll hikes. The extension could be as long as 30 years, subject to Cabinet approval.
The concession for P--S is set to end in 2058. The government extended the concession period from 2038 to 2058 after reducing toll rates by 18%. The government also waived all outstanding and future toll compensation. The government can end a concession period at any time, depending on its financial situation.
Jadi tol yang bermula pada tahun 1986 tadi akan berlanjutan sehingga 2058 pula !! Ia itu selama 72 tahun. Dan ini akan termasuk jambatan pulau mutiara sekali. (Sebab ownership sudah lama bertukar).
Kedua anak saya yang sudah dewasa lahir selepas zaman tol sudah bermula. Jadi betul-lah apa yang saya sebut tadi. Kalau tuan-tuan dalam lingkungan umur 60 tahun+ (macam saya) anak cucu kita pun akan membayar tol - sehingga 2058.
Soalan cepu mas - apakah kutipan tol akan berakhir pada 2058? Kalau tuan-tuan masih lembap akal fikiran, masih sanggup ditipu dan dibuli saya rasa bayaran tol pun boleh dilanjutkan lagi. It all depends on how stupid you are.
Di negara Thailand mereka telah membina rangkaian highway dari utara ke selatan negeri itu. Sedikit lebih 1,000 batu atau 1,700 kilometer. Tanpa tol. Macam mana pula Thailand tak payah bayar tol?
- Pendapatan per capita GDP Thailand 2023 adalah US7000. (RM30,000)
- Pendapatan per capita GDP Malaysia 2023 pula US11,600. (RM50,000)
Thailand lebih 'miskin' dari kita. Habis macam mana pula mereka mampu membina highway 1,700 km tanpa perlu bayar tol? Siapa yang kurang "bukan cerdik"? Thailand atau Malaysia?
Highway Thailand menyerupai American standard, lebih luas dan lebar.
Itu cerita jalanraya tol. Masyarakat kita yang sangat lembap akal fikiran (seperti tuan-tuan lah) menjadi mangsa buli dalam banyak perkara lain. Semuanya melibatkan duit tuan-tuan. Tuan-tuan jadi miskin sebab masih terdapat pelbagai Concession Period lain (tempoh konsesi) yang memiskinkan tuan-tuan.
Yang famous sekarang adalah masalah bekalan beras dan harga beras. Jom kita main Sherlock Holmes sekejap. Kita buat hipotesis saja ok. Katakanlah ada tokeh beras masukkan beras tempatan ke dalam kampit beras impot boleh ke tuan-tuan dapat bezakannya? Kalaulah ada kes tokeh beras jual beras tempatan dengan guna cap beras impot (yang jauh lebih mahal) bolehkah tuan-tuan dapat mengesan penipuan itu? I dont think so. Tuan-tuan tidak akan dapat bezakannya.
Soalan cepu mas - sejak bilakah dan sampai bilakah tempoh konsesi (Concession Period) lesen monopoli beras itu?
The B----S concession agreement, which commenced in 1996 and originally expired in 2011, has been extended twice and will now conclude in 2031. This concession agreement will span a period of 35 years.
Kemudian disambung pada tahun 2011 di bawah jajahan kerajaan BN Bossku.
Sekarang disambung lagi di bawah jajahan kerajaan sehingga tahun 2035.
Tempoh konsesi selama 35 tahun - 1996 sampai ke 2031.
Dan yang latest pula adalah berita panas pasal konsesi yang terkini lagi. Rupanya akan wujud satu lagi monopoli gergasi dalam negara kita. Saya tak jumpa info pasal tempoh konsesinya tetapi tidak kurang daripada 10 tahun.
- Maksudnya tuan-tuan akan kena buli lagi lah, entah sampai mati kut.
- Bayar sajalah.
- Bayar tol? Bayarlah sampai mati.
- Bayar harga beras mahal? Bayarlah sampai mati.
- Bayar monopoli terbaru? Bayarlah sampai mati.
What is the solution tuan-tuan? Solution dia paling mudah.
- Negara kita demokrasi.
- Tiap lima tahun kita mengundi.
- Tiap lima tahun kita berpeluang memilih kerajaan baru,
Saya cadangkan kita tongsampahkan saja kerajaan yang tidak membawa perubahan yang baik bagi kita.
Kita tongsampahkan saja kerajaan yang menjaga kepentingan golongan elit dan atasan.
Kalau tuan-tuan adalah Penjawat Awam anda tidak dibenarkan terlibat dalam bisnes. Inilah syarat bekerja sebagai Penjawat Awam (atau kakitangan sebarang kerajaan atau pihak berkuasa tempatan). Sebabnya jika Penjawat Awam dibenarkan membuka bisnes perniagaan sendiri ia akan menimbulkan conflict of interest.
For example kalau pegawai Kementerian Pengangkutan terlibat bisnes lorry transport maka 'vehicle inspection' untuk lori kepunyaan syarikat dia bukan saja 'boleh lulus' tetapi juga 'boleh lolos'. Seba dia adalah pegawai kementerian yang ada kuasa, yang berpengaruh dsbnya. Itulah maksudnya terjadi conflict of interest.
Habis macam mana pula orang lain, yang juga tidak dibenarkan terlibat bisnes (ikut undang-undang pula tu), tetapi mereka boleh juga terlibat bisnes gergasi? Bisnes monopoli pula tu, dengan tempoh konsesi lagi. (Maksudnya akan jadi satu lagi kes tempoh konsesi di mana kemungkinanya tuan-tuan akan bayar sampai mati-lah).
Wa akhirul kalam, walaupun kerajaan sudah banyak kali berubah tetapi nasib kita masih tidak berubah. Golongan atasan, kaum elit, orang kaya, orang politik semuanya happy-happy dengan dasar-dasar lama sejak tahun 1990an dan 2000an yang lebih memiskinkan orang biasa (rakyat marhaen) dan hanya menguntungkan kaum politik, kaum elit dan golongan atasan.
Dan kita pula terpaksa menggendong monopoli lama, monopoli baru, konsesi lama, konsesi baru dan bayar sampai mati. Anak cucu kita pun akan terpaksa bebani bayar kos sara hidup monopoli dan konsesi. Hidup kita makin susah. Everyday susah. Tak nampak pun light at the end of the tunnel.
The solution is simple - bila datang hari mengundi tongsampahkan mereka.
Dont worry siapa akan mengganti mereka. Sesiapa pun yang mengganti mereka mesti membawa pembaharuan yang menguntungkan rakyat kita. Jika mereka boleh hapuskan sistem kroni dan kaum elit, batalkan tol, batalkan monopoli, batalkan AP impot kereta, batalkan cukai impot kereta yang tinggi gila, batalkan monopoli dan oligopoli sistem perbankan, membawa perubahan ketara sistem pendidikan - maka undilah mereka.
Sesiapa yang tidak boleh membawa perubahan yang positif seperti itu maka tongsampahkan mereka sahaja. Bossku, Dr Mahathir, Muhyiddin, Sabri dan sesiapa pun yang lebih pedulikan kaum elit jutawan dan kroni monopoli, maka tongsampahkan saja mereka.
Tongsampahkan mereka berulang kali.
Sehingga mereka perbetulkan formula mereka.
No comments:
Post a Comment