Sunday, February 27, 2022

Surat Untuk Tun Mahathir Buat Tatapan Pengundi Johor




Surat Untuk Tun Mahathir Buat Tatapan Pengundi Johor


Rakyat sudah muak dengan cerita ulangan yang tiada manfaat bagi mereka.

Assalamualaikum wbt Tun. Semoga Tun tenang bersama keluarga tersayang dan diberi kesempatan untuk menerima hidayah.

Surat surat Tun kepada pengundi Johor telah saya baca. Malangnya, surat surat ini tidak lain hanyalah cerita ulangan yang rakyat sudah muak dengar dan tidak bermanfaat untuk rakyat Johor khususnya.




Rakyat Johor lebih berminat hendak mengetahui kenapa pelaburan di Johor merundum setelah Tun dan PH menjadi kerajaan pada Mei 2018.

Mengikut statistik MIDA, sejak 2016 Johor menerima pelaburan tertinggi di Malaysia iaitu RM26.41 b (2016), RM21.93 b (2017) dan RM30.51 b (2018). Tetapi setelah PH memerintah, pelaburan di Johor jatuh kepada RM11 b (2019) dan hanya RM6 b pada 2020.

Agak ironi bila Tun dan juak juak PH mendabik dada lebih pandai memerintah dari BN tetapi statistik menunjukkan sebaliknya.
Kekayaan Tun

Pelaburan yang Johor terima ini sangat sedikit berbanding kekayaan Tun sebanyak USD45 bilion atau £32 bilion. Kekayaan Tun ini dibantu oleh Tun Daim yang mempunyai kepentingan di 50 bank seluruh dunia menurut laporan MSN.

Itu belum lagi kira kekayaan anak beranak Tun berjumlah berbilion ringgit sepanjang Tun menjadi PM.

Mokhzani mempunyai aset USD21 billion; Mirzan mempunyai USD17 billion; Mukhriz dianggarkan mempunyai USD13 billion dan Marina dianggarkan mempunyai aset USD9 billion.

Bak kata Anwar Ibrahim, “tak ada anak Melayu lain pandai berniagakah?”

Adakah amanah yang diberi rakyat selama ini telah digunakan oleh Tun untuk mengaut kekayaan yang tidak masuk akal?

Ini belum lagi empayar perniagaan berjumlah RM200 bilion yang dimiliki Tun seperti dilaporkan oleh Raja Petra Kamaruddin.

Tun juga perlu menjawab kenapa RCI menyiasat kehilangan wang Forex RM30 bilion dihentikan pada 2019 ketika Tun menjadi PM.

Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengetuai siasatan RCI Forex berkata:

“Kami mendapat penemuan hari ini BNM rugi RM34.5 bilion, jumlah itu disembunyikan daripada laporan BNM. Kita kena tahu siapa meminta ia disembunyikan. Saya rasa pelik. BNM adalah sebuah institusi yang dihormati. Sudah semestinya ada ‘check and balance’ dan prosedur standard operasi (SOP)”.

Siapa minta ia disembunyikan? Siapa berkuasa ketika kehilangan wang ini terjadi?

Dan akhir sekali, rakyat Johor perlu ingat kata kata TMJ tentang bagaimana Istana Johor dilayan ketika krisis perlembagaan 1992.

“Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.

Saya Masih Ingat


“Malah bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab.”

Siapa PM ketika itu? Tak lain tak bukan ialah Tun Mahathir.

Rakyat Johor perlu sedar, serangan kepada DS Najib hanyalah sekadar mahu menutup segala keburukan dan kerosakan yang dibawa oleh Tun sepanjang memegang kuasa di Malaysia.

Bayangkan kekayaan Tun anak beranak ini kalau diagihkan dan dinikmati oleh rakyat Malaysia dan Johor? Sudah pasti tiada rakyat yang Tun akan minta ikat perut.

Semoga Allah perliharakan Sultan dan seluruh rakyat Johor.

Rf Lias
Cheras


RF Lias adalah pembaca New Malaysia Herald. Perkara yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat peribadi penulis, dan tidak mencerminkan pendirian New Malaysia Herald.

4 comments:

  1. Ini semua adalah semata-mata fitnah pihak evangelical Christian party.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha... bila awak tidak setuju, selalu hidupkan tuduhan evangelical Christian party

      Delete
  2. Tun adalah bencana terhadap rakyat & negara kita

    ReplyDelete
  3. Padan muka pergi mampus kepada semua yang AMALKAN ideolofi Racis supremacist...mati katak Covid hendra OMICRON 2 .....ini hadiah kepada negara bodoh Malu kalah 2-0 kepada Loas!!! wa ka ka!! MALU

    ReplyDelete