Wednesday, April 22, 2026
JENAYAH KOPIAH PUTIH - LEBAI SAKAU RM230 JUTA DUIT ZAKAT
Sila baca komen saya di bawah.
MY COMMENTS:
Tuan-Tuan orang Melayu dengar baik-baik ok. This is what will happen bila tuan-tuan jadi bodoh. Geng-geng lebai ini dari dulu lagi mereka sudah faham betapa mudah nak tipu orang Islam, especially orang Melayu.
1. Dulu bila ada conman declare 'saya pemimpin Islam' beratus ribu orang Melayu percaya dia walaupun dia terlibat seks luar tabii yang kronik. Sampai nama dia tersebut dalam kes Epst--n files. Tapi orang Melayu percaya juga. Why? Sebab dia hafal satu dua kerat habla yabla dus fi zabboora.
2. Lepas itu ada se-ekor lagi lebai tipu orang bahawa dia bela jin. Sampai dia berani kata dia pernah imamkan jin dalam sembahyang sekali. Dus fi zabboora! Hebat dia punya bohong. Tetapi pada zaman itu ramai orang Melayu percaya.
3. Lepas itu jadi lagi kes satu kumpulan lebai gila seks yang ramai juga terlibat rogol, liwat dan amang seksual anak-anak dalam reban mereka. Kes itu jadi bising sekejap saja lepas itu nothing happened. I suppose orang Melayu sudah lupa. Dulu Dr Mahathir kata orang Melayu mudah lupa.
4. Lepas itu jadi kes lebai muallap terlibat kes seks juga dan dihadapkan ke mahkamah. Antara tuduhan terhadap dia ialah dia ambil gambar k*nek dia dan di hantar gambar itu kepada seorang wanita. Mungkin dia terasa k*nek dia handsome kut.
5. Banyak tahun dulu juga keluar video lebai glamour (berkereta mewah) berbogel dengan seorang wanita entah mana. Tapi ramai orang Melayu defend lebai itu - dengan membuat pelbagai alasan video itu palsu dsbnya. Masa itu tak ada AI.
6. Kurang lebih masa itu juga keluar satu lagi video lebai sec-gen berbogel dan lakukan seks dengan seorang wanita entah mana juga.
Sekarang ikut berita di atas geng lebai tipu duit zakat pula - RM230 Juta!! Mereka beli kereta mewah, simpan ratusan juta Ringgit dalam bank, beli jam tangan mewah dsbnya. Semuanya dengan menipu duit zakat sumbangan orang biasa. Sumbangan orang Melayu yang memang sangat mudah tertipu oleh sesiapa pun. Especially oleh geng lebai yang guna jenama agama, minta sedekah dsbnya.
Duit atau money memang sasaran mereka nombor satu. No money no religion. Kalau tak ada duit yang terlibat saya rasa hilanglah kelibat mereka.
Saya ada sedikit soalan kepada Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin (GAMBAR ATAS), Chief Executive Officer / Director General of Inland Revenue for the Inland Revenue Board of Malaysia (LHDN). Dari dulu sampai sekarang (termasuk kes yang latest dalam berita di atas) kita lihat ramai juga geng-geng lebai ini hidup kaya raya, dengan kereta mewah, rumah besar, bini dua tiga dsbnya. Mereka ini hidup serupa Lifestyles of the Rich and Famous.
Dulu saya pernah terserempak dengan lebai jin itu di sebuah restoran mewah. Dia boleh belanja makan untuk kurang lebih 10 orang di restoran mewah itu. Dan bila naik kapalterbang dia selalu duduk dalam First Class.
These people are very rich. So saya nak tanya sedikit soalan kepada Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Director General of LHDN. Dia orang ini mesti bayar Income Tax yang lumayan. Betul tak? I mean they are so rich. Income Tax file dia orang ini mesti gemuk-gemuk. They must be paying a lot of taxes. Yes or no?
Jangan pula ada kes lebai-lebai kaya raya ini tak ada fail atau nombor Income Tax pun. No Income Tax file. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin let me remind you - zaman sudah berubah. Sekarang ini kita berada dalam zaman Kerajaan Kena Tendang (zaman Kick Them Out). Tak lama nanti akan ada pilihanraya sekali lagi. Percayalah kerajaan akan berubah.
So lets say kerajaan baru akan masuk dan mereka jadi penyapu baru pula - nak cuci bersih segala kekotoran rejim lama. And then kalau depa jumpa kes-kes lebai kaya yang tak ada Income Tax file atau nombor Income tax pun, then you will have to answer.
So please pastikan geng lebai kaya ini semua ada Income Tax file, ada nombor Income Tax dan mereka bayar cukai yang lumayan daripada duit mereka yang lumayan.
Kami orang yang sudah retired dan berusia lebih 60 tahun pun terpaksa isi borang LHDN pada setiap tahun. Kalau lewat boleh kena denda lagi.
Kepada ahli politik Melayu yang dungu dan mati akal, tak tahu macam mana nak berkhidmat menolong orang Melayu, dengar baik-baik ok - anda semua kini berdepan risiko besar ditendang keluar kerana awak semua tidak tahu macam mana nak membantu orang Melayu atau bagaimana cara untuk berkhidmat demi kepentingan awam. Izinkan saya memberi sedikit cadangan.
Anda mesti menggubal undang-undang yang melarang sepenuhnya mana-mana pihak daripada mengutip wang daripada orang ramai atas nama agama. Jika sesiapa ingin membayar zakat, maka hanya jabatan agama sahaja yang sepatutnya mengutip bayaran zakat dan mengeluarkan resit rasmi bagi kutipan tersebut.
RM230 juta adalah jumlah wang yang sangat besar. Jika setiap orang yang kena tipu itu menyumbang RM100 duit zakat, ini bermakna 2.3 juta orang telah ditipu. Percayalah kesemua 2.3 juta orang ini tidak akan mengundi anda. Percayalah anda akan ditendang keluar.
So you better mengubah undang-undang dan jadikan-nya satu kesalahan bagi sesiapa pun selain jabatan agama untuk mengutip duit zakat.
Kepada tuan-tuan orang Melayu pula - when are you going to grow up? Sampai bila nak bersifat childish kebudak-budakan? Bila orang datang berbalut kepala, cakap habla yabla dus fi zaboora dan tuan-tuan terus serah duit, serah tanah, kerusi meja dan maybe anak dara sekali kepada mereka. What is wrong with you?
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَن تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ وَيَجْعَلُ ٱلرِّجْسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ ١٠٠
Surah 10:100 Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak menggunakan akal ( لَا يَعْقِلُونَ ).
So please gunakan akal at all times.

























