Pages

Sunday, September 06, 2026

5 perkara tentang Mahathir dan Merdeka

 


5 perkara tentang Mahathir dan Merdeka

5 perkara tentang Mahathir dan Merdeka

Sama ada beliau berkuasa atau tidak, gelagat dan kata dua beliau akan sering menjadi buah mulut rakyat sekalian.

tajuddin rasdi

Kehebatan Tun M dalam politik memang tidak ada siapa yang boleh tandingi. Sama ada beliau berkuasa atau tidak, gelagat dan kata dua beliau akan sering menjadi buah mulut rakyat sekalian. Itu hebatnya Mahathir.

Beliau tidak perlu guna ayat al-Quran langsung dan tidak perlu ceramah berjela-jela dalam Facebook, cuma datang, duduk atas kerusi roda dan senyum sambil melambai. Itu pun sudah cukup untuk memulakan ribut taufan bersama halilintar.

Kenapa Tun M tak dijemput secara rasmi, ‘sound’ beberapa influencer yang becok berceloteh. Inikan suatu ketidakadilan kepada seorang tokoh negara? Sebenarnya saya pun agak setuju dengan teguran ini tetapi ada lima perkara yang perlu kita semua renungi dahulu.

Perkara pertama adalah apa yang disebut oleh Rafizi dalam podcastnya bila ditanya tentang isu ini. Saya berterima kasih dengan Rafizi yang memberi maklumat yang kita semua pun tak tahu. Kata Rafizi, Tun M sendiri yang mengubah protokol menjemput bekas perdana menteri untuk majlis penting seperti merdeka pada 2018.

Rafizi memberi alasan takkanlah Tun M nak duduk sebelah seorang penjenayah dan seteru beliau. Tetapi ada influencer yang tegur, Najib belum penjenayah lagi sebab baru buka kes. So, what’s the problem? Yang penting, seperti biasa, Tun memang bijak baling batu dan sembunyi tangan sambil senyum dan melambai.

Perkara kedua, kalaulah kita ada protokol untuk menjemput bekas perdana menteri atau kita ikut adab Melayu lah untuk jemput orang besar-besar, I must assume yang protokol tu dibuat dengan anggapan bahawa bekas perdana menteri tidak lagi berpolitik.

Dalam kes Tun M, beliau masih giat berpolitik dan rasanya sanggup memegang tampuk kerajaan sebagai PM untuk kali ketiga! Jadi, kalau begini rupanya, patutkah PM sedia ada menjemput seterunya dalam politik ke pentas Merdeka?

Perkara ketiga pula adalah Tun M telah membuat naratif bahawa Melayu akan hilang kuasa kalau tidak duduk di bawah satu payung besar. Sudah tentulah, payung tu dia yang punya. Jadi kalau semua Melayu duduk di situ kita boleh teka tiga kali siapa akan jadi PM.

Advertisement
Advertisement

Namun demikian, apa yang saya gusarkan adalah dengan membina naratif ini maka ia membuat suatu permusuhan dengan rakyat lain bukan Melayu termasuk Bumiputra semua. Patutkah seorang bekas PM yang menerajui negara dua kali dan masih membina naratif permusuhan antara Melayu dan bukan Melayu dijemput ke pentas duduk bersama parti PH yang tidak pernah menggunakan ras atau isu perkauman?

Saya pun tidak tergamak untuk duduk sebelah orang sebegini, tidak kisah lah dia PM berapa kali pun. Orang yang membuat kita bermusuh-musuh, bagi saya batang tubuh itu lah musuh terbesar negara kita.

Nasib baik Tun M tidak jadi seperti seorang guru agama yang nak buat kita bermusuh antara orang Islam dan bukan Islam, yang itu lagi ‘haru’ kata orang utara. Saya rasa Tun M baik sikit daripada tok guru agama yang pandai tafsir Quran ikut suka dia.

Perkara keempat adalah Tun M telah pernah membuat naratif Malaysia ini bukan negara multicultural sebab tidak ada disebutkan dalam konsep Malaysia secara undang-undang. Sekali lagi beliau memainkan isu ‘pendatang’ dan memainkan lagu lama bahawa pendatang akan take over everything kalau Melayu tak sedar dan tak bersatu. Same old song but very efective still.

Maklumlah orang Melayu ramai tidak belajar falsafah dan sejarah peradaban dunia. Kebanyakan Melayu belajar kejuruteraan, seni bina, perubatan, undang-undang dan bila pencen baru mengadap kuliah agama.

Mahathir adalah seorang pembaca tegar dan dia faham selok belok sejarah Malaysia dan dunia. Sejarah subjek kegemarannya, saya baca dalam buku beliau A Doctor in the House. Saya memang baca banyak buku Tun M, saya rasa empat buah kesemuanya. Jadi, kita kena tanya diri kita sebagai rakyat, do we want someone yang tidak admit kita negara multicultural?

Perkara kelima, memanglah dari satu sudut, kita patut jemput orang tua itu. Memang kita patut honor seorang pemimpin seperti Tun M. Tetapi jika batang tubuh itu sendiri bergerak untuk mengkucar-kacirkan kita semua, what should we do?

Pada 2016, Tun M berkempen untuk menyelamatkan Malaysia daripada perompak 1MDB. Beliau ke hulu dan ke hilir menjaja Malaysia bakal bankrap dengan si perompak ini. Bagi saya, we owe Tun M a debt of gratitude sebab dengan kempen itu kita rakyat dapat menumbangkan Umno sebagai gergasi berkuasa.

Dalam bab itu, Tun M memainkan peranan kita sebagai a united rakyat to save our country. Tetapi apabila beliau memainkan sentimen perkauman untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan, that is an entirely different matter.

Maka itu, kita kena renung sendiri sama ada kita nak bagi hormat atau tidak kepada orang seperti Tun M. Saya sendiri amat menghormati beliau dalam banyak perkara seperti ketegasan beliau tentang ekstremis agama, tentang menimba ilmu dan memahirkan diri dalam sains, teknologi dan Bahasa Inggeris.

Tetapi saya tidak akan berkompromi kepada sesiapa pun yang cuba menjurangkan hubungan baik kita sebagai rakyat Malaysia dengan meniup bahang kaum, agama atau sejarah.That is the line I will not allow anyone to cross.

Itu jalur pemisah antara Merdeka sebagai rakyat dengan mereka yang nak menjatuhkan idea negara-bangsa kita.

No comments:

Post a Comment