Pages

Sunday, December 21, 2025

KHUSUS UNTUK KAUM B*D*H SAHAJA - CARA-CARA HILANG UNDI

 

Sunday, December 21, 2025



KHUSUS UNTUK KAUM B*D*H SAHAJA - CARA-CARA HILANG UNDI



Kes No 1: Pagi tadi saya pergi ke supermarket dekat rumah saya.  Supermarket ini menjual pelbagai barang makanan halal. Supermarket ini tidak menjual barang makanan yang haram bagi orang Islam. Dan paling ramai pengguna atau customer di supermarket ini adalah orang Melayu.

 


Tetapi tepat pada laluan masuk supermarket ini terdapat hiasan Merry Christmas ia itu sebatang pokok Christmas Tree dan hiasan kotak-kotak hadiah Krismas. Sila lihat gambar di atas.
 
Baru ini timbul kontroversi di sebuah negeri bahawa: 
 
tiada hiasan Krismas dibenarkan di hotel dan premis makanan yang diperakui halal 
tidak membenarkan dekorasi Krismas di hotel dan premis makanan disijilkan halal 
tidak membenarkan dekorasi Krismas di dapur dan hotel dipersijilkan halal  
memastikan kejelasan status halal serta mengelakkan kekeliruan pengguna
bertentangan prinsip Hukum Syarak, tidak sopan, bercanggah dengan moral
 
Walaupun supermarket bukan hotel atau premis makanan tetapi supermarket adalah tempat orang beli barang makanan. Supermarket ini menjual beras, tepung, ikan, daging, sayur, buah-buahan, mee segera, susu bayi, kopi, teh dan banyak lagi barang makanan.
 
Walaupun supermarket ini bukan dapur tetapi barang dapur dijual di sini. 
 
Apa pula kesannya dekorasi Krismas tidak dibenarkan di hotel dan premis makanan bersijil halal tetapi supermarket yang menjual makanan halal pula tidak dilarang? 
 
Apakah hiasan pokok Christmas Tree dan kotak-kotak hadiah Krismas di supermarket mampu "mempertahankan prinsip syarak, adalah sopan dan tidak bercanggah dengan moral" ?  Moral  siapa pula ? 
 
Kes No 2: Bagaimana pula dengan hiasan dan dekorasi Happy Deepavali? Apa kata kalau restoran makanan daun pisang India yang bersijil halal meletakkan hiasan Happy Deepavali serta bunga-bunga, lampu-lampu kelip, lampu minyak dsbnya untuk menyambut Happy Deepavali? 
 
Apakah  prinsip Hukum Syarak, kesopanan dan moral akan terjejas jika orang Islam makan di restoran daun pisang India bersijil halal yang berhias Happy Deepavali itu? Atau orang Islam akan jadi terkeliru?
 
Tetapi hiasan Happy Deepavali (contohnya) di supermarket pula mampu "mempertahankan prinsip syarak, adalah sopan dan tidak bercanggah dengan moral" ?
 
  
Kes No 3 Hiasan Happy Deepavali, Merry Christmas di bank jenama Islam dan hospital Kerajaan.
 
Setiap tahun bank-bank yang berjenama Islam  turut meletakkan atau pamerkan hiasan menyambut Happy Deepavali dan Merry Christmas. Juga di hospital Kerajaan seperti gambar di bawah.
 


Apakah perbankan jenama Islam akan terjejas taraf halalnya? 
 
Jadi apakah maksud sebenarnya? Rupanya hiasan Happy Deepavali di  bank-bank jenama Islam dan hospital Kerajaan  (serta supermarket) mampu "mempertahankan prinsip syarak, adalah sopan dan tidak bercanggah dengan moral". Yang bermasalah adalah hotel, restoran dan dapur yang bersijil halal.
 
CONCLUSION: Hujah seperti ini tidak masuk akal. Bagaimana pula kes orang Islam melawat rumah rakan dan sahabat beragama Kristian atau Hindu untuk menyambut Krismas atau Deepavali? Boleh ke tak boleh?
 
Kalau ateis macam mana pula? Katakanlah ateis yang tidak mempunyai agama sambut harijadi pula. Dia jemput rakan-rakan ke rumah untuk sambut hari jadi sebab dia kata dia tak percaya agama atau tuhan. Ateis itu lagi bahaya - mereka tolak semua agama dan mereka tolak konsep tuhan. So how? Boleh pergi rumah ateis atau tak boleh?
 
Kalau sesiapa menghadiri jamuan di rumah ateis, biasanya untuk makan satay Kajang, bihun, kway teow dan serupanya.  Bukan untuk belajar ateis. Serupa dengan masuk restoran sijil halal yang berhias untuk Krismas atau Deepavali. Orang pergi sana untuk makan dan minum. Bukan untuk jadi Kristian atau Hindu.

No comments:

Post a Comment