Pages

Monday, November 18, 2024

Tuan Ibrahim "frigg" Dominic Lau

FMT: 


Tiada keperluan PN wujud

deklarasi untuk bukan

Melayu, kata Tuan

Ibrahim

-

Tuan Ibrahim Tuan Man kata Gerakan tidak perlu menyalahkan PAS kerana tidak dapat sokongan masyarakat Cina.

2
Shares
Total Views: 535
Free Malaysia Today
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man tolak gesaan Gerakan berhubung deklarasi untuk bukan Melayu.

PETALING JAYA
Seorang pemimpin PAS berkata tiada keperluan bagi Perikatan Nasional (PN) mewujudkan deklarasi untuk bukan Melayu seperti yang digesa Gerakan.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Gerakan tidak perlu takut akan bayang-bayang sendiri dan menyalahkan PAS kerana tidak dapat sokongan masyarakat Cina.

“PAS bukan parti baharu kerana PAS merupakan antara parti tertua di negara ini. PAS telah memerintah Kelantan lebih 30 tahun dan semakin mendapat sokongan kerana pencapaian dan integriti yang menjadi teras bagi PAS.

“Bahkan PAS telah menjadi sebahagian kerajaan persekutuan sebelum ini dalam gabungan Barisan Nasional dan terakhir dalam PN,” katanya kepada FMT.

Gerakan menggesa PN mewujudkan deklarasi untuk bukan Melayu dalam usaha mengurangkan tekanan komuniti itu untuk memilih komponen terbabit pada PRU16.

Presiden Dominic Lau berkata ketika ini ada bukan Melayu dan Islam bimbang dan takut terhadap PAS yang menjadi blok parti Melayu terbesar dalam PN serta mempunyai bilangan kerusi terbanyak di Parlimen.

Malah katanya, kumpulan itu juga ‘fobia’ mengenai dasar dan matlamat PAS menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.

Dominic berkata demikian semasa berucap pada perasmian persidangan Gerakan ke-52, semalam.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyarankan Gerakan lebih fokus pada menguatkan parti dan meningkatkan keahlian.

Beliau berkata Gerakan seharusnya lebih fokus memikirkan cara bersaing dengan DAP, yang dilihat masa ini masih gagal.

“Tidak perlu bimbang dengan rakan muafakat politik dan terpengaruh dengan ‘cyber trooper’ yang hanya memburukkan PAS.

“Saya jemput beliau dan pimpinan tertinggi Gerakan untuk datang ke Kelantan bagi melihat sendiri kehidupan masyarakat Cina di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

2 comments:

  1. "We Don't need your support" - PAS

    ReplyDelete
  2. "Fragging" is the deliberate or attempted killing of a fellow soldier.
    Usually a symptom of serious breakdown in discipline or cohesion in an army.

    A key reason the US Army Had no choice but to pull out of Vietnam , or the army would have collapsed on itself, and incapable to carry out its missions elsewhere in the world.

    Wakakaka..PAS looks like fragging Gelekan.

    ReplyDelete