Pages

Tuesday, April 02, 2024

‘Gaji puluh ribu masih B40, dia dari benua mana’, Anwar bidas wakil rakyat PN


FMT:

‘Gaji puluh ribu masih B40, dia dari benua mana’, Anwar bidas wakil rakyat PN


02 Apr 2024, 10:35 AM

Perdana menteri berkata mustahil Ahli Parlimen menerima gaji dan elaun tinggi masih tergolong kumpulan berpendapatan rendah.



Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata subsidi bersasar dan perubahan sistem pencen dilaksanakan kerajaan demi kebaikan negara. (Gambar Bernama)


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan usaha kerajaan memperbaiki dasar negara termasuk penyasaran subsidi dan skim pencen.

Bercakap pada perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan, Anwar berkata beliau kecewa kerana usaha kerajaan itu dikaitkan dengan dakwaan ada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kini tergolong dalam kumpulan B40 kerana tidak mendapat peruntukan.

“Ada Ahli Parlimen (pembangkang) kata kenapa nak perubahan, bila (kita buat) penyasaran subsidi dan perubahan sistem pencen, dia (pembangkang) kata tak boleh kerana Ahli Parlimen ada yang B40.

“Cakap apa itu? Gaji puluh ribu dengan elaun, masih B40. Dia (pembangkang) ini cakap dari benua mana?” kata Anwar yang juga menteri kewangan.

Pada 5 Mac lalu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman mendakwa ada wakil rakyat PN tergolong dalam kumpulan B40 susulan tindakan kerajaan menafikan hak peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Katanya, situasi itu berlaku disebabkan mereka terpaksa berkongsi elaun diterima dengan rakyat yang memerlukan bantuan.

Anwar berkata, walaupun kenyataan itu tidak benar sama sekali namun ia masih diterima penyokong pihak lawan.

“Hal ini ada pengaruhnya kerana mereka ada kekuatan dan sikap wala’ (patuh dan setia kepada pemimpin)…cakap bohong bagaimana pun (pengikut percaya).”


1 comment:

  1. Dari bolihland yang diincubate sama dengan ketuanan farts!

    ReplyDelete