Pages

Saturday, June 24, 2023

OPR 3% BAYARAN BULANAN NAIK 13.5%, RINGGIT MASIH JATUH

 

Saturday, June 24, 2023



OPR 3% BAYARAN BULANAN NAIK 13.5%, RINGGIT MASIH JATUH

 

 

Apa sebab OPR (kadar interest rate oleh Bank Negara Malaysia) dinaikkan dari 2.75% menjadi 3.0% ?

Antara sebab yang disebut (oleh Menteri) adalah untuk bantu kukuhkan nilai Ringgit. Tetapi Ringgit masih jatuh. Kadar pertukaran Ringgit/US Dollar  hari ini sudah ke tahap RM4.68. 



Sebab lain yang disebut untuk kenaikan OPR adalah untuk kawal inflasi. Tetapi kenaikan OPR 0.25% itu sebenarnya adalah kenaikan sebanyak 9%.  (3 - 2.75/2.75 x 100% = 9%). Kelonjakan sebanyak 9%. Banyak juga kesannya.

Sebuah bank mengumumkan Base Rate mereka akan naik daripada 6.47% menjadi 6.72%, kenaikan sebanyak hampir 6%.

Bayaran bulanan pinjaman bank seorang yang saya kenali itu sudah dinaikkan daripada RM4,717 sebulan menjadi RM5,314 sebulan. Kenaikan sebanyak 13.5%. Itu adalah inflasi sebanyak 13.5% bagi monthly instalment mereka.

Akibatnya sewa kedai dan sewa rumah akan naik lagi. Sebab tuanpunya kedai dan rumah terpaksa cover balik bayaran bulanan bank yang sudah naik.

Tarif letrik juga telah dinaikkan sejak Januari 2023. Maka kos maintenance bulanan bagi bangunan, kompleks beli belah dan kondominium semua sudah naik (bil letrik untuk lif, escalator, banyak-banyak lampu di tempat parking kereta)

Oleh itu baru ini sebuah Jawatankuasa Pengurusan Bangunan (Building Management Committee) sudah bagi notis bahawa bayaran Maintenance Fees bulanan mereka menghadapi tekanan : "..maintenance fee increment, we need to keep tight control of our expenditure as much as possible".

Inilah antara kesan kenaikan tarif letrik dan kenaikan OPR.

Soalan yang menjadi misteri dan masih tidak terjawab ialah siapakah yang mendapat faedah daripada kenaikan OPR dan kenaikan tarif letrik? Bukan ekonomi negara, bukan rakyat terbanyak, bukan pengguna (consumer).

Kenaikan OPR hanya menambah keuntungan bank-bank oligopoli dalam negara kita terutama sekali bank yang dimiliki sahamnya oleh kerajaan (menerusi agensi). Percayalah bagi tempoh tiga-bulan (quarter) selepas kenaikan OPR, bank-bank oligopoli akan mendapat keuntungan tambahan berbillion Ringgit. Oleh kerana kebanyakan bank ini dimiliki sahamnya oleh kerajaan (GLC) maka yang akan untung besar adalah kerajaan juga.

Kenaikan tarif letrik hanya menambah keuntungan syarikat pembekal letrik yang juga adalah monopoli yang masih dikuasai oleh kerajaan menerusi agensi kerajaan. Jadi yang akan untung adalah kerajaan juga.

Saya cadangkan dua perkara :

                           Gabenor baru BNM

 

1. Bank Negara harus batalkan kenaikan OPR 3% itu. Turunkan OPR balik ke tahap 2.75%. Kepada gabenor BNM yang baru, there was no good reason behind increasing the OPR. There is no increase in aggregate demand in the economy to warrant or (worse) to sustain the higher interest rates. You have created strong inflationary pressure in the economy without any proportionate increase in the demand (or even supply side) of the equation.  Please cut the OPR back to 2.75%.

2. Batalkan kenaikan tarif letrik itu. Harga minyak dunia agak stabil dan tidak ada bukti harga minyak dan gas (bahan bakar untuk menjana kuasa letrik) akan melonjak naik tahun ini.

Harga minyak Futures (dua bulan ke depan - hingga Aug 23, 2023) adalah US$69.50 satu tong. Ini bukanlah harga yang sangat tinggi pun.

Maksudnya kos minyak dan gas bahan bakar untuk menjana letrik tidak bertambah pun.


Tambah lagi HAMPIR separuh bahan bakar untuk menjana letrik di Malaysia menggunakan arang batu atau coal fired di mana harga arang batu sudah jatuh merudum.  Dalam tempoh setahun harga arang batu (coal) telah jatuh 70% !!



Jadi tidak ada sebab tarif letrik perlu dinaikkan.

Jadi lebih baik kita menurunkan semula tarif letrik untuk mengurangkan bebanan ekonomi negara yang tidak mengalami pertumbuhan atau pertambahan yang setimpal dalam permintaan untuk barang-barang pengeluaran (no proportionate increase in aggregate demand).

If my monthly bank instalment for my shophouse has increased 13.5% it does not mean the rental income from my shophouse has also increased 13.5% or that the value of my property (capital gains) has also increased 13.5%. 

Jangan terlalu lewat untuk membatalkan dasar-dasar yang telah NAIKKAN KOS SARA HIDUP dan membebankan rakyat terbanyak.  PRN bagi enam buah negeri makin dekat.

Dont get wiped out.

No comments:

Post a Comment