Pages

Monday, February 22, 2021

Banjir kilat berlaku, Kapitan GPS salahkan hujan

Malaysia Dateline:



Michael meninjau kawasan di sekitar Kuching yang dilanda banjir kilat, semalam.

Banjir kilat berlaku, Kapitan GPS salahkan hujan

😖😠😡

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen membiadas seorang Kapitan yang dilantik Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila seolah-olah ‘lepas tangan’ setiap kali berlakunya banjir kilat di sekitar Kuching.

Michael Kong Feng Nian berkata, seorang Kapitan yang ditemui memberi alasan yang sangat menjengkelkan apabila menidakkan sistem perparitan yang tidak teratur menyebabkan kejadian banjir kilat adalah kuasa tuhan semata-mata.

Katanya, Kerajaan GPS seharusnya lebih peka dengan sistem perparitan yang sedia ada lebih-lebih lagi dengan kejadian banjir yang sering berulang sekali gus menyukarkan rakyat di seluruh Kuching.

“Ketika saya berfikir dan mendengar alasan yang mungkin dapat didengar oleh seseorang ekoran kejadian banjir semalam membuat saya terkejut dan tidak bersuara.

“Ramai penduduk telah panik memindahkan barang-barang mereka ke kawasan yang lebih tinggi kerana banjir kilat. Semasa meninjau di sepanjang Jalan Stakan, saya terserempak dengan seorang Kapitan dan berkesempatan berbincang.

“Namun, amat mengecewakan apabila alasan yang diberikan kapitan terbabit bahawa pihak kerajaan tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia adalah kuasa tuhan.

“Kapitan ini umpama cuba ‘lepas tangan’ atau itu sahaja alasan yang mampu diberikan berikutan kerajaan gagal merancang sesuatu yang lebih baik bagi mengatasi masalah banjir kerana sistem perparitan yang teruk,” ujarnya.

Justeru, Michael yang juga berpotensi menjadi calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti berharap agar GPS dapat mengambil serius masalah berkenaan kerana sudah hampir 57 tahun menjadi pemerintah di Sarawak tetapi masih gagal menyelesaikan sistem perparitan yang terbaik untuk rakyat di negeri ini.

“Mengapa kerajaan negeri boleh umumkan pelbagai projek dengan kos berjuta-juta tetapi keadaan sistem perparitan dilihat masih gagal.

“Ini amat menyusahkan rakyat setiap kali hujan kerana sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung pengaliran dengan lebih berkesan,” soal beliau.

*********

kt notes:

Kapitan GPS berada, Kita salahkan emaknya 


2 comments:

  1. tuhan sleeping on the job, kasi fire.

    ReplyDelete
  2. Ayam Sarawakian First jerit FPS....ini contoh-nya...

    ReplyDelete