Pages

Wednesday, December 02, 2020

Nasruddin dikecam isu mata yang tidak disentuh api neraka

Malaysia Dateline:



Nasruddin dikecam isu mata yang tidak disentuh api neraka

Lagi kecaman orang ramai menghujani Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasruddin Hassan yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Kali ini susulan catatan ringkasnya tentang jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka.

“Nabi SAW bersabda: Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka.

“Mata yang berjaga kerana perjuangkan Islam dan mata yang menangis kerana takutkan Allah SWT,” katanya dengan perkataan ‘mata’ ditulis dalam semua huruf besar.

Walau bagaimanapun, selepas 18 jam dimuat naik di Facebook dan menerima lebih 3,000 tanda emoji dan 300 komentar, lebih banyak sindiran dan kecaman diterima berbanding sokongan atau pujian.

Paling menonjol apabila mereka mengaitkan sikap mesra Pas dengan Umno yang kemudiannya membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kesemua 18 Ahli Parlimen Pas juga menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan ‘tebuk atap’ PN.

“Mata yang nampak kuasa sanggup ikut atap?” tempelak Wfauzdin Ns.

Begitu juga Kamarul apabila mengimbas kembali Langkah Sheraton yang menamatkan hayat 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Bagaimana mata yang mengejar rasuah jawatan politik hingga menyokong pengkhianat mandat rakyat. Azab Allah itu pasti,” katanya diikuti banyak tanda suka daripada warganet lain.

Lontaran kecaman sama daripada Azman Harun yang menyoal Nasrudin sama ada api neraka akan menyentuh orang yang berjuang demi habuan dan jawatan.

“Kalau mata yang berjuang untuk habuan dan jawatan walaupun bersama penyamun, perompak dan seangkatannya, agaknya api neraka sentuh atau tidak?” bidasnya.

Hantaran Nasruddin yang mendapat lebih 100 perkongsian itu juga menerima reaksi mengingatkan tentang cakap tidak serupa bikin.

“Bukan susah untuk berkata-kata atau pun menulis teks. Yang susahnya pelaksanaan dengan perbuatan,” tegas Aziz Nawawi.

Dalam masa sama, ada juga komentar dipercayai penyokong Pas menempelak kembali lautan sindiran itu.

“Ramai juga syaitan yang kepanasan di sini. Itu belum dibacakan lagi ayat-ayat al-Quran,” perli M. Sahlan.


2 comments:

  1. msia islam is the most easy to comprehend religion i think, as long as one do/say for sake of islam regardless what, he ia a good muslim.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana dengan mata yang tonton porn video pay per view di jerman? Apakah mata itu tak disentuh API neraka hanya kerana pemiliknya pakai serban dan ketayap?

    ReplyDelete