Pages

Friday, November 06, 2020

Semangat Vellfire steady-utuh di kerajaan Kelantan

Malaysia Dateline:



Orang sibuk bantu rakyat, dia sibuk naikkan gaji wakil rakyat

Oleh YUSLAINI AZMI

Saya hairan dengan sikap sesetengah pemimpin kita yang begitu pentingkan diri sendiri di saat rakyat ditimpa kesusahan akibat pandemik Covid19 ini.

Semalam dikhabarkan pemimpin politik Pas dari Kelantan iaitu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mencadangkan penyelarasan dan kenaikan gaji untuk Exco kerajaan negeri dan wakil rakyat di negeri Kelantan.


Di saat pemimpin parti pembangkang sibuk mencadangkan belanjawan yang fokus mencari solusi untuk masalah rakyat, pemimpin kerajaan pula sibuk berfikir untuk memenuhkan kantung poket sendiri.

Saya mahu tanya pada pemimpin Pas hari ini apa belanjawan rakyat yang ingin dibentangkan di Parlimen selain kenaikan gaji ahli politik? Tidak cukupkah lagi gaji berbelas ribu itu?

Saya berharap ada cadangan penambahbaikan bagaimana untuk membangunkan ekonomi di negeri Kelantan yang memberi keuntungan kepada rakyat sekurang-kurangnya.

Namun baru-baru ini di Kelantan, kita dikejutkan dengan elaun mengajar kelas pengajian takmir tidak boleh dituntut lain halnya di negeri Pulau Pinang kerajaan negeri malah menaikkan elaun guru agama walaupun dilabel dengan pelbagai tohmahan yang kurang enak.

Kenyataan Datuk Amar yang menyifatkan wakil rakyat seperti pegawai kebajikan seolah-olah tidak ikhlas bekerja untuk rakyat. “Anda dipilih, diundi dan diangkat oleh rakyat mewakili suara mereka di Parlimen sudah tentu anda harus menjaga kebajikan rakyat terutamanya di kawasan tempat anda”.

Saya mencadangkan gaji menteri ditolak sebanyak 30% setiap bulan dan kurangkan kabinet menteri sedia ada untuk fokus bantuan pada rakyat.

Apa gunanya kerajaan mempunyai kabinet besar tetapi menteri gagal berfungsi dengan baik? Alang-alang nak bersidang dengan 80 jumlah Ahli Parlimen sahaja elok rakyat menuntut kerajaan kecilkan saiz Kabinet dan jumlah Ahli Parlimen di Malaysia.

Mungkin hari ini ahli politik senang berada di tampuk kuasa tetapi rakyat tidak akan lupa segala tindakan wakil rakyat dan barisan kepimpinan kerajaan sedia ada yang membelakangkan rakyat demi agenda peribadi.






4 comments:

  1. the 21th century camel, japs made adopting arab vision n habit, halal.

    ReplyDelete
  2. Allah provides for the faithful.
    Who are we and you to question Allah's will ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So murky tap water is also Allah's will. Is that what you are saying?

      Delete
  3. Undilah lagi ostad sebagai pemimpin utk tadbir negeri. Geng pakai kopiah serban ni tak reti mentadbir. Jangan kata negeri, beri sekolah suruh jadi pengetua atau gurubesar pun melingkup. Sembang boleh la. Cakap berdegar degar tak mau kalah tapi kerja mcm TAIK.
    Kelantan berpuluh tahun bawah tadbir parti angkat sampah, sampah pun tak boleh nak angkut baik baik. Tak percaya pergi ke Kota bahru. Kotaraya Islam kononnya. Sampah berlonggok longgok dengan bau masam nak mampus. Itu negeri yg ostad perentah. Yang dia orang tau Ada duit beli Mercedes Dan Naik gaji. Poodah kata puakpuak dia kerja mcm pegawai kebajikan. Puiiii, aku pernah duk kelate selama 5 tahun, Tak pernah sekalipun aku jumpa adun atau mp dtg jenguk macam Mana kehidupan rakyat kawasan. Sembang bolehlar. Tipu rakyat kata kalau undi dia Masuk syurga boleh lar. tapi time buat kerja, FAIL very badly. Worst than badly.

    ReplyDelete