Pages

Sunday, July 05, 2026

PRN JOHOR: Bagaimana pula dengan nasib rakyat Johor?

 

Saturday, July 4, 2026


PRN JOHOR: Bagaimana pula dengan nasib rakyat Johor?

 



11 Julai, pengundi Johor akan sekali lagi keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri. Sedikit maklum balas menunjukkan UMNO/BN dijangka menang besar di Johor. Ada yang mengatakan UMNO/BN boleh menang lebih daripada 40 kerusi (daripada 56 kerusi yang dipertandingkan). Ada juga yang kata UMNO mungkin dapat kurang daripada 40 kerusi, tapi akan tetap membentuk kerajaan negeri.

Beberapa faktor menjadi penentu. Jentera UMNO diketuai oleh Hishammuddin Hussein Onn, anak jati Johor yang mempunyai keturunan dan latar belakang Johor yang masih laku (di kalangan pengundi Melayu). Satu lagi aset UMNO ialah Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, yang juga mendapat penerimaan yang baik daripada orang Johor.

Terdapat juga seorang lagi tokoh gergasi yang dikhabarkan mahu melihat UMNO menang. Saya tidak akan menyatakan siapa tokoh gergasi itu. Yang lebih penting, saya dengar "Wak" telah diminta jangan terlalu menonjol dalam kempen. Biar senyap dan profil rendah dan jangan terlalu tunjuk muka depan orang. Orang Johor bukan suka sangat pada Wak. Satu Malaysia pun tak suka dia.  

Perkembangan lain juga sedang berlaku. Jika UMNO menang besar di Johor, dan mereka dijangka akan menang, maka imej Hishammuddin Onn dalam parti UMNO akan kembali pulih. UMNO  benar-benar memerlukan kepimpinan baharu, dan Hishammuddin dijangka boleh berada dalam kedudukan yang baik untuk mengambil alih jawatan Presiden parti. So brother Hisham make sure you win big.

Tetapi bagaimana pula dengan rakyat Johor? Apakah nasib mereka? Orang Johor perlu tanya satu soalan yang paling asas — apakah nasib saya bertambah baik dalam tempoh empat tahun yang lalu?

Pilihan raya datang dan pergi, tetapi adakah kehidupan rakyat Johor benar-benar berubah? Atau pi mai pi mai tang tu juga? Harga rumah di Johor telah meningkat dengan ketara. Pembeli Melayu biasa tidak lagi mampu membeli rumah teres dua tingkat yang kini dijual jauh melebihi RM500,000 di sekitar Johor Bahru. Pangsapuri juga sering kali berada di luar kemampuan isi rumah Melayu biasa. Tanpa bekerja di seberang Causeway di Singapura, rakyat Johor tempatan kini tidak mampu lagi membeli-belah di Orchard Road. Nilai Dolar Singapura kini mencecah RM3.15.

Jadi ini hanya satu lagi pusingan pilihan raya. Pada 11 Julai, tuan-tuan pengundi Johor diminta bangun pagi, gosok gigi, minum kopi dan sila pergi buang undi. Tetapi adakah PRN ini benar-benar membawa makna kepada para pengundi Johor? Adakah ia benar-benar membawa perubahan yang positif dalam kehidupan mereka? Adakah akan bertambah peluang pekerjaan yang mencukupi untuk mereka? Adakah anak-anak mereka akan dapat pekerjaan yang baik di Johor? Atau adakah mereka terpaksa berhijrah ke Lembah Klang dengan harapan mendapat peluang hidup yang lebih baik? Atau menyeberangi Causeway untuk bekerja 'manual worker' di Singapura?

Bukan sahaja rakyat Johor, tapi semua pengundi Malaysia, khususnya pengundi Melayu, perlu merenungkan persoalan ini. Apakah sebenarnya yang dibawa oleh pilihan raya? Adakah kehidupan anda benar-benar menjadi lebih baik? Anda yang bukan termasuk dalam kalangan orang kaya dan terkenal?  Atau pi mai pi mai tang tu juga?

1 comment:

  1. Looking Grim For Crimea....

    BREAKING: 15,000–20,000 RUSSIAN TROOPS IN SOUTHERN UKRAINE FACING CAPTIVITY UNDER TOTAL FIRE CONTROL! πŸ‡ΊπŸ‡¦πŸ›ΈπŸ›‘

    A monumental operational collapse is unfolding for the occupation forces in the south. Robert "Magyar" Brovdi, Commander of Ukraine's Unmanned Systems Forces, has announced that 15,000 to 20,000 Russian troops are currently trapped under absolute Ukrainian fire control.

    The reality of the pocket:

    ⛓️ Logistical Suffocation: Relentless Ukrainian strikes against deep logistics routes and transport hubs have caused the Russian rear guard to completely fracture, leaving supply lines shattered.

    🌾 Starved of Resources: The encircled Russian grouping is experiencing critical shortages of food, ammunition, and fuel, leading to broken combat effectiveness and zero remaining morale.

    🏳️ Surrender Negotiations Underway: Magyar stated that several isolated Russian units are already actively seeking negotiations to surrender, with the massive force potentially ready to lay down their arms, even to a third party.

    My take:
    This is the ultimate consequence of drone-enforced fire control. When your supply lines are severed and your bridges are vaporized, an army corps becomes nothing more than a liability. With no food, no fuel, and no ammunition, surrender becomes the only logical exit for these troops. The operational environment is moving rapidly. Trust the Armed Forces of Ukraine! ⏳πŸ¦…πŸ‡ΊπŸ‡¦
    #Nyhetsnerven #Magyar #UkraineWar #MilitaryAnalysis #SouthernFront #LogisticsCollapse #UkraineWillWin

    https://x.com/jalle51/status/2073660254756225523?s=20

    ReplyDelete