Pages

Tuesday, September 24, 2024

JAKIM BISU ISU GISB?

 

Thanks 'MF':



Kenapa JAKIM kata tidak mempunyai "jurisdiction" atau bidang kuasa untuk menangani isu GISB?

Sewaktu pengharaman Al Arqam pada tahun 1990an Jakim mainkan peranan besar untuk menyiapkan fatwa (oleh Majlis Fatwa Kebangsaan).

Jakim juga mengeluarkan pelbagai kenyataan dan siaran yang menyuluh kesesatan Al Arqam. Contohnya gambar di atas paparan daripada jurnal dikeluarkan JAKIM.

Kenapa kali ini JAKIM diam, adakah JAKIM enggan untuk kompromi maka digerakkan PDRM untuk menjalankan Op Global ke atas GISB?

Sekarang ini apakah pertuduhan terhadap GISB adakah mereka eksploitasi kanak-kanak kerana sebelum ini kes disiasat mengikut Sek. 32 (2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Adakah menyimpang ajaran Islam tetapi sehingga kini tiada apa-apa fatwa dikeluarkan JAKIM?

Jangan cakap PDRM masih menyiasat kerana tindakan Op Global ke atas semua 280 premis milik GISB sepatutnya dibuat selepas PDRM mempunyai maklumat kukuh.

Sekarang PDRM tahan ke semua kepimpinan GISB bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (SOSMA). Jadi rakyat keliru, jika soal akidah umat Islam kenapa JAKIM diam?

Jika GISB eksploitasi kanak-kanak, kenapa semua premis GISB telah diserbu dan diarah tutup manakala ke semua akaun bank dibekukan?

Akaun bank milik GISB dibekukan sebelum kepimpinan tertinggi GISB ditahan. JAKIM boleh berikan penjelasan kenapa hanya fatwa mengatakan GISB menyimpang dari ajaran Islam hanya dikeluarkan oleh Mufti Perlis?

Jeng.. Jeng.. Jeng!

Nota kaki: connect the dot.. Anda akan dapat bahawa tindakan ke atas GISB bukan isu akidah tetapi ia telah memberi ancaman kepada pihak tertentu.





1 comment: